April 12, 2021

Pringles® Berwajah Baru, Lebih Mind Popping dan Bergaya Tanpa Rambutnya

Pringles Berwajah Baru
Pringles®: Mr.P mempunyai berita tergempar, maskot bermisai yang disukai ramai kini tampil lebih bersinar! Siapa yang tak sukakan pembaharuan, lebih-lebih lagi selepas 20 tahun?

Jom periksa bagaimana wajah baru Mr. P untuk tahun 2021! Bukan gaya rambut baharu atau sudah berjanggut, Mr.P yang ikonik kini diberi perwatakan baru yang menyeluruh. Mr. P yang baharu lebih Mind Popping dan bergaya tanpa rambutnya.

Keningnya yang ekspresif kini lebih menonjol di atas matanya yang berkelip. Misainya yang terkenal kini lebih kemas dan dinamik, manakala tali leher juga masih segak seperti sediakala.

Anda pasti tidak akan terlepas pandang setiap kali beliau mengenyitkan matanya kerana Mr. P telah muncul dengan personaliti baru yang lebih menarik. Beliau adalah Pringle, bersedia untuk bergaul mesra (mingle).

Apa yang menarik, pengalaman snek yang ikonik, “pop and crunch” yang dibawa Pringles® masih tidak berubah. Perisa inovatif yang digemari ramai masih lagi perisa yang sama seperti dahulu, cuma kini dalam tin baharu dengan warna-warna yang memikat dan reka bentuk yang lebih kemas.

“Kami telah menggunakan masa selama dua tahun untuk mencuba pelbagai gaya baharu untuk Mr. P dan Pringles® telah mencipta wajah baharu, yang moden dan benar-benar menonjol”, – En. Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg’s Asia Tenggara.

Pringles berwajah baharu sudah mengisi rak-rak di kedai dan dalam talian, dengan perisa-perisa seperti Original, Sour Cream & Onion, Hot & Spicy, Cheesy Cheese dan banyak lagi perisa hebat dalam Pek Perkongsian 147g dan 107g serta Pek On-The-Go 36g.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Pringles® Malaysia di Facebook www.facebook.com/PringlesMalaysia dan di Instagram
www.instagram.com/pringlesmalaysia/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *