May 14, 2024

Pendaftaran Taska Anak Pintar Di Tempat Kerja Sektor Awam Pilihan Agensi Kerajaan

Masih terfikir nak hantar anak ke taska/tadika mana pada tahun hadapan untuk dapatkan pendidikan prasekolah terbaik buat mereka?

Untuk pengetahuan anda,

Pendidikan prasekolah merupakan program pendidikan awal kanak kanak adalah untuk golongan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah.

Di Taska Anak Pintar, anak anda boleh dapatkan pendidikan prasekolah yang mampu membentuk kanak-kanak yang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan English, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.

Ia telah ditubuhkan pada bulan Jun 2003 oleh En Awang Redzuan dan Pn Nor Raidah yang menyederi kepentingan pendidikan prasekolah kepada anak-anak sebelum memasuki pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah.

Bermula dengan pelajar seramai 40 orang dan 6 orang kakitangan pada tahun 2003, kini mereka telah mempunyai mempunyai 500 orang murid dan kakitangan seramai 47 orang.

Sepanjang tempoh 15 tahun penubuhannya, kini mereka telah mempunyai 10 cawangan yang strategik, sekitar negeri Melaka, Nilai dan juga Kajang, Selangor.

LIHAT : Cawangan Anak Pintar.

Pusat Asuhan Kanak-kanak di tempat kerja Taska Anak Pintar

Ruang aktiviti kanak-kanak di Anak Pintar Centre
Ruang aktiviti kanak-kanak di Anak Pintar Centre yang selesa dan selamat

Antara objektif Anak Pintar Centre ini diwujudkan adalah :-

  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
  • Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil
  • Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Taska Anak Pintar ini saya dimaklumkan oleh JKM bahawa mereka adalah contoh kepada Taska di bawah institusi atau Taska di tempat kerja di peringkat kementerian, jadi tak hairan lah kenapa Taska ini beroperasi di kebanyakan agensi Kerajaan dan juga beberapa Universiti. Mekanisma atau pendekatan mereka kepada ibu bapa serta anak-anak sangat berbeza selain kadar yuran yang berpatutan.

Pelbagai program disediakan untuk kanak-kanak berdasarkan KSPK – Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan (Tadika). Kualiti pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak adalah terjamin kerana sentiasa di bawah pemantauan – Dr. Hasni bt Zainuddin.

Anak Pintar Centre ini beroperasi sekitar bangunan Kerajaan yang berhampiran dengan tempat kerja kakitangan.

Menariknya taska di tempat kerja sektor awam ini diterjemahkan kepada Taska Anak Pintar adalah sebuah taska yang di yakini berdasarkan sepanjang 15 tahun dan beroperasi hampir 90% di semua agensi kerajaan.

Anak Pintar Centre ini diberi kepercayaan bagi melaksanakan serta menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan agendi khususnya dengan harga berpatutan dan pada masa yang sama menyediakan ruang yang kondusif untuk kanak-kanak. Malah ia juga dapat menyakinkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sini dan diperakui oleh JKM.

Pelbagai program yang disediakan di Anak Pintar Centre ini mempunyai silibus serta berdasarkan KSPK – Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Tadika).

Manakala program KBAT untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Bagi kualiti pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak di sini terjamin kerana guru disini telah mendapat kelulusan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Jadi mereka sudah terlatih dan program untuk anak-anak teroka dengan gaya pembelajaran yang menarik, mudah dan berkesan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), YBhg Datin Dr. Harlina Binti Abdul Rashid Negeri Sembilan Melawat Taska di tempat kerja Taska Anak Pintar Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), YBhg Datin Dr. Harlina Binti Abdul Rashid Negeri Sembilan Melawat Taska di tempat kerja Taska Anak Pintar Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah

Antara Anak Pintar Centre yang berada di bangunan hospital seperti :-

  • Hospital Permai Kempas, Johor
  • Hospital Besar Segamat
  • Hospital Besar Melaka
  • Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
  • Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

Selain daripada hospital turut terdapat di bangunan kerajaan yang lain iaitu :-

  • USIM Nilai
  • UNITEN Kajang
  • Kompleks Kementerian Dalam Negeri Damansara
  • Institut Koperasi Malaysia Petaling Jaya
  • Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu
  • Menara LHDN Melaka
  • Kompleks PKNM Melaka
  • Masjid Al-Azim Melaka
  • UITM Lendu Melaka
  • Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

Perasmian Taska di tempat kerja sektor awam di IPK Melaka, Taska Anak Pintar Centre di rasmi kan oleh YB Hannah Yeoh sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dec 2019

Daftar Anak Pintar Centre

Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, anda boleh rujuk maklumat di bawah.

ANAK PINTAR CENTRE
5476-A Anak Pintar Centre, Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Kompleks MITC Jalan Konvensyen, Ayer Keroh,
75350 Melaka

Office: +606-233 9944???
Fax : +606-233 9944???
H/p : +6017-663 2373???
Email : admin@anakpintarcentre.com

Facebook : Anak Pintar Centre
Laman Web : www.anakpintarcentre.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *