February 7, 2025

Lebih Murah & Berbaloi Berbelanja di Segi Fresh Market

Berbelanja Di Segi Fresh Market
Aktiviti wajib hujung minggu.

Bawa Puan Isteri berbelanja barang dapur & barang basah di Segi Fresh Market berdekatan dengan rumah.

Kenapa perlu bawa dia ke Segi Fresh Market?

Sebab dia sahaja tahu apa benda yang dia nak masak sepanjang minggu ini terutamanya barang basah seperti ikan, sotong, udang mahupun ayam.

Tidak termasuk sayur-sayuran.

Sekurang-kurangnya, buka peti ais rumah, ada juga benda yang boleh dimasak. Betul tak? Tak kan nak 2-3x berulang semata-mata nak beli benda yang kita boleh sekali beli je.

Ikan Di Segi Fresh

Sotong di Segi Fresh

Segi Fresh Market mula beroperasi seawal pukul 8 pagi, kiranya ia waktu paling sesuai untuk beli barang basah disini. Ini kerana kebanyakan barang basah adalah fresh dan lebih banyak pilihan boleh dibuat.

Tidak dinafikan, bila nampak ramai yang datang seawal pagi untuk membeli barang basah di sini.

Ada yang datang berkeluarga.

Ada juga yang borong macam peniaga kedai makan. Lagipun, ada kebanyakan barang basah dijual pada harga lebih murah jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Harga Telur di Segi Fresh Market

Harga Cili Di Segi Fresh Market

Bagi Bro yang turut berniaga.

Memang berbaloi pergi ke Segi Fresh walaupun hanya seminggu sekali.

Dengan harga yang ditawarkan, kuantiti yang jauh lebih murah. Berbaloi jika datang dan borang banyak-banyak untuk stok seminggu.

Tengok harga telur pun dah boleh agak berapa murahnya harga yang ditawarkan di Segi Fresh Market. Belum lagi cili merah dan barangan yang lain.

Sayur di Segi Fresh Market

Golden Dragon Mango Segi Fresh Market

Kalau tengok pada harga yang ditawarkan, anda dah boleh start bandingkan harga dengan tempat yang selalu anda beli. Sekarang pun dah banyak cawangan Segi Fresh Market dibuka.

Untuk maklumat lanjut mengenai sebarang promosi dan lokasi pasaraya Segi Fresh, anda boleh layari :-

Laman web : http://segifresh.com
Facebook : https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram : https://www.instagram.com/segifreshmarket

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *