May 19, 2024

Cawangan Texas Chicken ‘Drive Thru’ Dibuka Di Sunway Mentari

Texas Chicken Drive Thru Sunway Mentari
Berita baik buat peminat Texas Chicken.

Mereka kini telah membuka restoran Pandu Lalu (Drive Thru) mereka di Sunway Mentari yang beroperasi 24 jam untuk menyajikan hidangan ayam yang enak untuk anda.

Penduduk Sunway Mentari kini dapat meraikan pembukaan cawangan restoran pandu lalu Texas Chicken yang pertama di Lembah Klang.

Perasmian Texas Chiken Drive Thru Sunway Mentari

Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Pengerusi Envictus International Holdings, Dato’ Jaya Tan menjadikan ia restoran ‘drive thru’ mereka yang kedua selepas cawangan Sungai Petani yang dibuka pada tahun lepas.

Lokasinya yang strategik dan bersebelahan dengan stesen minyak Shell Sunway Mentari, menjadikan ia tempat tumpuan pelangan yang berada di sekitarnya dengan waktu operasi 24 jam.

Berkeluasan 3,500 kaki persegi, membolehkan Texas Chicken Sunway Mentari memuatkan 146 pelangan dalam satu masa dengan hiasan serta susunan memberi keselesakan kepada pelangan terutamanya kepada pelajar, pekerja dan keluarga yang berada berhampiran.

“Selepas enam tahun sejak pembukaan restoran pertama kami di Malaysia, kami berharap untuk meningkatkan pengalaman para pelanggan dengan menawarkan lebih banyak cawangan pandu lalu untuk kemudahan mereka. Ini juga membuktikan komitmen syarikat kami dalam mengembangkan perniagaan kami di Malaysia, justeru menyumbang kepada ekonomi negara dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan – Dato’ Jaya Tan

Menu Terbaru Texas Chicken

Selain ‘Drive Thru’, anda juga boleh makan di sini ataupun bawa pulang.

Texas Chicken merupakan salah satu rangkaian restoran khidmat segera berasaskan ayam yang terbesar di rantau ini bersedia memenuhi kehendak dan keperluan gaya hidup pengguna hari ini melalui pelbagai produk yang lazat dan berkualiti yang juga disahkan Halal oleh JAKIM.

Texas Chicken dibawah naungan Envictus Holding kini mempunyai lebih 50 cawangan di Malaysia dan telah membuka 5 cawangan terbarunya tahun ini termasuk Cawangan Pandu Lalu di Sunway Mentari.

Texas Chicken Shell Sunway Mentari,
Jalan PJS 8/9,
Bandar Sunway, Selangor

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.TexasChickenMalaysia.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Cawangan Texas Chicken ‘Drive Thru’ Dibuka Di Sunway Mentari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *