June 27, 2025

Bank Negara Malaysia Anjur Karnival Kewangan Terengganu Pada 4 ~ 6 April 2019

Karnival Kewangan Terengganu
Berita baik buat orang Terengganu,

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu.

Karnival ini berlangsung di rantau Pantai Timur selepas mengembara ke negeri Sabah, Sarawak dan sekitar negeri di Utara.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dan menyediakan perkhidmatan kewangan dan pemerkasaan kepada penduduk di Pantai Timur menerusi platform sehenti edutainment kewangan.

Taklimat Media Karnival Kewangan Terengganu

Bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda”, Karnival Kewangan Terengganu diambilbahagian oleh lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan demi mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang sedia ada. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran.

Masyarakat tempatan akan mendapat maklumat yang mendalam tentang pelbagai perkara berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran untuk pembetulan.

Karnival Kewangan Terengganu Mesra Keluarga

Di sini nanti, banyak yang dapat anda pelajari tentang wang palsu, ciri-ciri keselamatan wang, nasihat kewangan dan membuat aduan tentang penipuan scam,\.

Anda juga boleh menyemak serta mencetak laporan CCRIS anda secara percuma dan daftar akaun eCCRIS di booth Bank Negara Malaysia.

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, ceramah, aktiviti kanak-kanak dan hadiah berjumlah sehingga RM150,000.

Program Khas Karnival Kewangan Terengganu

Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian khas oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice dan konsert mini oleh Sufian Suhaimi dan Shafiq Farhain.

Nampak menarik bukan?

Selain itu, satu siri pameran bergerak (roadshow) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival, yang bertajuk “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pameran ini diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

  1. Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang Pahang | 18 Mac
  2. Dewan Semai Bakti Felda Jengka 11, Jengka | 19 Mac
  3. Dewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya Dungun | 20 Mac
  4. Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu | 21 Mac
  5. Dewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak | 24 Mac
  6. Dewan Auditorium Mahyuddin UMT Kuala Nerus | 24 Mac
  7. Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom, Setiu | 25 Mac
  8. Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung, Besut | 26 Mac
  9. Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu | 27 Mac
  10. Dewan Majlis Daerah Marang, Marang | 28 Mac
  11. Dewan Utama, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa | 31 Mac

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Terengganu di talian 09-622 0571.

Iklan : Sepanjang Karnival Kewangan Terengganu, anda boleh nikmati diskaun GRAB car RM5 x 2 perjalanan pergi atau balik dari TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu pada 4 hingga 6 April ini menggunakan kod : KKT2019

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *