OPPO Malaysia dengan kerjasama Celcom telah melancarkan OPPO R15 Pro di Malaysia yang boleh anda miliki pada harga RM2,399 bermula 25 Mei 2018 melalui pra-tempahan.
Permintaan tinggi terhadap telefon pintar yang mempunyai ciri dan spesifikasi tertentu seperti kamera belakang yang berkualiti tinggi dan reka bentuk telefon yang lebih menarik dan bergaya. oleh itu kami bawakan R15 Pro,
Kombinasi kedua-duanya boleh anda dapati pada R15 Pro bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.
OPPO bekerjasama dengan pereka terkenal di antarabangsa Karim Rashid untuk mencipta dua warna bergaya bagi OPPO R15 Pro iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red.
Warna Cosmic Purple dan Ruby Red dicipta menggunakan bingkai aluminium dengan kaca yang lebih telus dalam reka bentuk kecerunan baru, yang membolehkan cahaya dan bayangan memainkan warna sambil mencipta idea kreatif yang tidak terbatas kepada pengguna.
Reka bentuk warna ethereal OPPO R15 Pro ini mencerminkan kedua-dua rekaan dan pandangan OPPO mengenai apakah yang menjadi tarikan estetika kepada pengguna generasi muda di seluruh dunia.
OPPO R15 Pro menawarkan skrin bezeless 6.28 inci dengan resolusi 2280×1080 dan nisbah aspek 19:9, nisbah skrin-ke-badan yang sangat tinggi.
Super Full Skrin OPPO bukan sahaja berpaparan takuk tetapi dengan peningkatan fungsi pelbagai tugasan siap sedia yang disesuaikan dan pengoptimuman sistem yang mendalam berdasarkan ColorOS 5.0.
OPPO R15 Pro terus meningkatkan had kelestarian fotografinya, dengan memaparkan bukan sahaja dwi kamera belakang 16MP+20MP.
Bersama-sama dengan pengenalan senario yang dinaiktaraf berdasarkan teknologi AI yang dipertingkatkan, tetapi ia juga menjadi telefon pintar pertama untuk mengadopsi sensor SONY IMX519 bagi menghasilkan kesan medan kedalaman yang luar biasa.
Dilengkapi dengan 6GB RAM dan 128GB ROM, di mana pengguna boleh menyimpan lebih daripada 20,000 foto saiz standard dan menggunakan apa-apa aplikasi dengan lancar tanpa gangguan kelajuan, Di samping itu, R15 Pro mempunyai kapasiti bateri 3,430 mAh yang disokong dengan teknologi Pengecas Flash VOOC yang terkenal.
R15 Pro kini dilengkapi dengan cip NFC yang mampu membuat pembayaran lebih mudah alih dan tanpa sebarang kerumitan, sama ada pembayaran menggunakan Android Pay, kad bank, atau kad pengangkutan.
Dengan harga RM2,399, Pra-tempahan OPPO R15 Pro boleh dibuat antara haribulan 25 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018.
Setiap pra-tempahan, akan menerima hadiah percuma yang boleh ditebus pada hari pertama jualan sahaja.
Tarikh jualan di seluruh Malaysia akan bermula pada 1 Jun 2018, kecuali KLCC Flagship Store di mana anda boleh mendapatkan OPPO R15 Pro lebih awal iaitu dari 29 Mei 2018 serta hadiah percuma juga boleh ditebus pada tarikh 29 Mei 2018 tersebut.
Untuk maklumat lanjut & pembelian OPPO R15 Pro, anda boleh layari www.oppostore.com.my
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter