June 27, 2025

NY Steak Shack Perkenalkan Menu ‘Just For Kids’ Pada Harga RM9.90

Just For Kids - NY Steak Shack
NY Steak Shack memperkenalkan menu khas ‘Just For Kids’ buat kanak-kanak berumur 12 tahun dan kebawah pada harga RM9.90.

Kini terdapat lebih banyak pilihan buat anak anda nikmati ketika berada di mana-mana 10 cawangan NY Steak Shack di Malaysia.

Tidak dinafikan, sesetengah ibubapa terpaksa memilih menu tertentu semata-mata untuk dikongsikan bersama anak mereka sehinggakan mereka terlepas untuk nikmati menu yang mereka benar-benar ingin rasai di NY Steak Shack.

Dengan adanya menu ‘Just For Kids’ memboleh mereka memilih menu pilihan mereka dalam masa yang sama memudahkan mereka mendapatkan menu yang bersesuaian dengan anak mereka pada harga lebih murah.

Di sini, Bro kongsikan beberapa hidangan yang terdapat dalam menu ‘Just For Kids’ ini ;-

Fish 'N' Chips

Fish ‘N’ Chips – hidangan tradisi, fillet ikan ranggup dihidang hangat bersama jejari kentang.

Beef Stroganoff

Beef Stroganoff Daging salai serta sos sayuran dengan cendawan, lobak dan brokoli untuk dinikmati bersama nasi putih.

Cheese Chick Sausage

Cheese Chick Sausage – sosej ayam berkeju dipanggang bersama jejari kentang.

Mighty Chicken Meatball Pasta

Mighty Chicken Meatball Pasta – Pasta linguin bersama bebola daging ayam dan sos pasta.

NY Steak Shack Just For Kids Menu

Menu terbaru ini turut disertakan bersama hilaian aktiviti untuk membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang menyeronokkan sambil menunggu hidangan disajikan.

Untuk maklumat lanjut mengenai NY Steak Shack, anda boleh layari facebook.com/nysteakshackmy/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *