Ianya sebuah buku kanak-kanak yang ditulis oleh Dr Liza Mydin dengan hasrat untuk memberi ingatan kepada generasi muda bahawa hidup ini punyai misi yang lebih besar.
Majlis pelancaran buku ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Prof Abbas Mirakhor.
Beliau merupakan pakar ekonomi dan cendiakawan tersohor dan seorang yang sangat mementingkan hak keadilan sosial.
Pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak semasa majlis pelancaran buku tersebut turut diadakan seperti aktiviti bercerita, seni pasir dan dekorasi topi tarbus.
Untuk pengetahuan anda,
Dr Liza Mydin merupakan seorang ibu kepada tiga orang anak, menzahirkan harapan agar bukunya dapat menjadi wadah perbualan antara ibu bapa dan anak mereka.
Kebanyakan ibubapa zaman ini, kurang meluangkan masa berbual dengan anak mereka.
Maka peluang yang anda perlu digunakan sebaik mungkin dengan pengisian perbualan berkaitan dengan persoalan nilai nilai murni, keadilan sosial berkenaan agihan pendapatan antara golongan masyarakat dan etika dalam kehidupan.
Beliau percaya nilai-nilai murni perlu dipupuk dari kecil lagi.
“Ajaran nilai-nilai murni yang diterapkan pada anak-anak kecil akan melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di generasi akan datang” – Dr Liza Mydin.
Beliau menegaskan bahawa buku tersebut ditulis dengan dua tujuan utama.
- Untuk meningkatkan keupayaan daya imiginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara bersama karakter tiga kanak-kanak lelaki kampung bernama Youssef, Zayyed dan Omar dalam kisah pengembaraan tersebut.
- Bagi menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat di mana terdapat jurang agihan pendapatan dan juga ketidakadilan yang berlaku.
Dengan adanya buku ini, beliau berharap ia dapat membantu ibu bapa memberikan pendedahan kepada anak-anak mereka supaya Iebih memahami akan situasi ini dan dapat melakukan perubahan yang positif.
Buku The Three Village Boys, mempunyai 26 halaman kesemuanya, dipaparkan dengan ilustrasi bewarna untuk menjadikan kisah pengembaraan tersebut Iebih menarik dan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Keluaran pertamanya telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah dijual hingga kini dl Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble bagi memenuhi permintaan pasaran antarabangsa.
Bagi edisi terkini, ia didatangkan dengan versi kulit tebal dan boleh dibeli secara online di www.thetvb.com.
Buku seperti ini mmg patut diketengahkan utk menanam nilai-nilai murni kepada generasi muda kini sedari kecil agar menjadi salah satu kefahaman mereka menghadapi arus budaya global masa kini. Thanks sharing Bro :)