Buat pembaca blog broframestone.com, Bro ingin mengajak anda hulurkan bantuan untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh syarikat buku Thukul Cetak.
Mudah sahaja.
Dengan pembelian 10 naskah buku mereka pada harga RM100 sama ada untuk anda atau diwakafkan pada sekolah etc. Kos penghantaran adalah PERCUMA.
Jumlah jualan yang diperolehi akan digunakan untuk melangsaikan hutang berjumlah RM100,000 dalam masa terdekat atau tindakkan mahkamah akan diambil terhadap mereka.
Sebenarnya pada Mei 2017, Thukul Cetak telahpun membayar RM 100,000 kepada kilang tersebut
Malangnya akibat jumlah cetakan yang terlalu banyak (52 tajuk pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL), hutang Thukul Cetak masih berbaki RM 100,000 dan akhirnya tempoh matang tunggakan tersebut berakhir pada Julai 2017 yang lalu.
Daripada 52 tajuk yang dicetak pada April 2017 untuk PBAKL, terdapat 6000 naskhah yang tidak dapat dijual daripada 3 tajuk akibat larangan dari penulisnya.
Oleh yang demikian sekiranya mereka gagal membayar tunggakan & diheret ke mahkamah nanti, kemungkinan besar Thukul Cetak akan diisytihar bankrap dan tidak lagi boleh menjalankan kerja menerbitkan buku seperti sebelum ini.
Malah Bas Tak Sekolah yang mereka miliki beberapa bulan sebelum ini juga adalah hasil pinjaman daripada individu yang mana perlu mereka jelaskan dalam tempoh tertentu dan sudah pastilah ini tidak dapat dilakukan kelak sekiranya Thukul Cetak Sdn Bhd diarahkan menutup operasi oleh mahkamah.
Beli 10 Buku dengan Harga RM100
Kempen ini akan dijalankan dalam 1 bentuk sahaja iaitu beli 10 buku dengan harga RM100. Kos Pos adalah Percuma.
Pakej ini juga boleh digunakan untuk membeli buku kepada perpustakaan, rumah anak yatim atau komuniti setempat seperti sekolah atau masjid & surau.
Pihak mereka juga akan membekalkan senarai perpustakaan atau sekolah di kawasan yang memerlukan dan akan membuat penghantaran terus seperti yang diminta.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ali di +60173632143. Semua pembayaran boleh disalurkan terus kepada akaun;
Thukul Cetak Sdn Bhd
Maybank (No Akaun 5622-6352-1727)
Bicara Bro : Alhamdulillah, Terima kasih kepada semua yang telah membantu memanjangkan kempen ini, membuat pembelian dalam talian, datang sendiri ke GARAJ di Seksyen 15, Bangi serta membuat hebahan di Twitter & Whatsapp.
Moga dipermudahkan urusan mereka.
Harapnya macam tue la…. Tengok dari hari ke hari, ramai yang menyokong dan membantu mereka
maksudnya 1 buku cuma RM 10.00 ? murah nya.. hee~ kita plak tumpang fikir ada untung ke tak..
Yup, now bukan fikir pasal untung ke apa… Nak settlekan tunggakan sebelum disaman. Nilai saman sure lagi besar dan beri kesan yang kurang baik untuk jangka masa panjang.
So, mana lebih baik?