March 29, 2024

Hidangan Nasi Arab di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam

Nasi Arab Restaurant Aroma Hijrah, TTDI Jaya
Ini kali kedua Bro sekeluarga datang makan di Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah yang terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Selama ini, kalau puan isteri nak perkena nasi arab, kami akan ke Cyberjaya.

Tak sangka ada lokasi yang dekat dan nasi arabnya sedap. Semuanya salah Deq Noor kerana memperkenalkan tempat makan ini kepada kami sekeluarga.

Jika dulu, datang dengan rakan blogger, kali ini Bro datang bersama bakal pengantin. Saja nak open table dan kurangkan gemuruh nak nikah tak lama lagi (waktu itu la).



Nasi Arab Restaurant Aroma Hijrah, TTDI Jaya
Menu masakan arab yang popular dihidangkan di Aroma Hijrah antaranya Roasted Mandy Chicken, Masywi (Grilled) Chicken, Mandy Beef, dan lain lain.

Nasi pula ada tiga pilihan iaitu Mandy Rice, Maqlubah Rice dan Kabsah Rice.

Kami amik set punya dalam talam yang boleh untuk 4-5 orang makan. Tapi kata Deq Noor, satu talam ini dia boleh habiskan kalau makan 2 orang.

Makan dengan siapa la tue kan?

Kalau Bro dengan wife, rasanya confim satu talam kami boleh habiskan. Memang puas hati makan banyak macam nie.

Nasi Arab Restaurant Aroma Hijrah, TTDI Jaya
Bagi anda yang berkelapangan dan ingin merasai nasi arab, anda boleh datang ke : –

Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah
Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Phone: +60 12-654 4838

Bicara Bro : Jika nak datang dalam 3-4 orang, boleh je walk-in, tak perlu buat reservation kecuali pada hujung minggu atau cuti umum.

Cuma jika anda datang dalam group 6-20 orang, wajib anda buat reservation sehari sebelum. Risau tiada tempat nak duduk kecuali jika anda nak duduk asing-asing.

Jom layan vlog yang Bro sempat edit sewaktu kali pertama makan nasi arab di Restoran Aroma Hijrah

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Hidangan Nasi Arab di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam

Leave a Reply to Mahamahu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *