June 27, 2025

Bangkitkan Juara Dalam Dirimu Dengan Promosi Hebat Nivea Men di 11Street

Nivea Men 11Street
Kita di Malaysia harus bersyukur kerana dapat tinggal dalam persekitaran beriklim tropika, namun kita juga terpaksa mengharungi kelembapan tinggi yang tentunya akan menyebabkan ketidakselesaan apabila berpeluh.

Oleh itu, jenama terkemuka penjagaan kulit untuk lelaki, Nivea Men memaparkan Deodoran NIVEA MEN Cool Powder di 11street dan mengadakan promosi seluruh negara sehingga 15 September 2017.

Nivea Men berusaha memberikan sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan sungguhpun di bawah keadaan yang paling mencabar untuk kesemua lelaki di Malaysia.

Oleh itu, mereka melantik pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri sebagai duta dan ikon lelaki di Malaysia.



NIVEA MEN ingin menjadi inspirasi kepada lelaki untuk menentukan aspek penjagaan diri mereka dan untuk memperkasakan mereka untuk membangkitkan juara dalam diri masing-masing.

Menerusi usaha sama dengan 11street, kami ingin memperkenalkan Deodoran NIVEA MEN Cool Powder yang memberi sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan dan tentunya, bau yang harum!” – Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

Nivea Men 11StreetDisediakan dalam dua format – spray dan roll-on.

Deodoran NIVEA MEN Cool Powder diperkayakan dengan mikro talkum partikel dan bersandarkan sistem kawalan peluh yang berkesan, memberikan rasa kekeringan dan tidak melekit sepanjang hari.

Duta Nivea Men – Mohd Faiz Subri

Sebagai duta jenama NIVEA MEN, Faiz Subri, yang meraih populariti peringkat antarabangsa menerusi sepakan percuma mengagumkan ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang dalam Liga Super Malaysia 2016 berkata:

“Kehidupan sebagai seorang atlet memerlukan saya sentiasa cemerlang.

Saya gigih berlatih untuk memberikan prestasi terbaik kepada pasukan dan negara, namun bersamanya, saya juga berhadapan dengan cabaran untuk sentiasa berasa segar dan dingin.

Disebabkan oleh Deodoran NIVEA MEN Cool Powder, saya boleh memberi tumpuan terhadap permainan dan membiarkan kawalan peluh dan bau kepada deodoran yang menakjubkan ini.”

Promosi Nivea Men Cool Powder di 11Street

Nivea Men 11Street

Dari sekarang sehingga 15 September 2017, pelanggan 11street akan menerima diskaun 20% untuk setiap pembelian NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml (RM13.52) dan NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml (RM8.40).

NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml dan NIVEA MEN Cool Powder Roll-On 50ml masing-masing dijual pada harga RM16.90 dan RM10.50 di di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper seluruh negara.

11street juga menawarkan pek bersama eksklusif pada kadar potongan 30% untuk produk berikut:

  • NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml bersama NIVEA MEN Extra Whitening Mud Foam 100g pada harga RM24.78
  • NIVEA MEN Cool Powder Roll On 50ml dan NIVEA MEN Extra Whitening Foam 100g pada harga RM19.00

Bersempena pelancaran berkenaan, seramai 50 pelanggan berpeluang memenangi baucar Al-Ikhsan yang bernilai RM5,000 bagi pembelian minimum bernilai RM15 untuk produk-produk NIVEA MEN menerusi 11street sehingga 15 September 2017.

Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan ini, sila layari: www.11street.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Bangkitkan Juara Dalam Dirimu Dengan Promosi Hebat Nivea Men di 11Street

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *