Masjid Putra, Putrajaya
Rasanya terkesan sedikit dengan perkongsian beberapa rakan di facebook yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berkaitan masjid.

Mungkin bagi kita yang sememangnya normal, tak perasan sangat tentang perkara seperti ini.

Walaupun dari luaran kita boleh nampak beberapa fasiliti yang dibangunkan buat golongan OKU disediakan di masjid.

Contohnya,

Kawasan parking khas untuk golong OKU (yang selalu disalahgunakan oleh orang bukan OKU) dan juga laluan OKU (untuk pengguna kerusi roda).



Alhamdulillah, memang tidak dinafikan bahawa golongan OKU mempunyai hak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam di Masjid.

Malangnya, ada juga yang menafikan hak buat golongan ini.

Kredit Gambar : Wardi Maher.

Parking OKU Di Perkarangan Masjid

Mohd Sukur Bin IbrahimIni merupakan salah satu perkongsian dari Mohd Sukur Bin Ibrahim yang berkongsi pengalaman mencari parking sewaktu ingin menunaikan solat Terawih.

Ada satu malam, beliau tidak dibenarkan memasuki perkarangan masjid oleh pak guard dengan alasan Parking Penuh.

Bagaimanapun dia bertanyakan mengenai status Parking untuk OKU.

Malangnya pak guard itu juga menyatakan ianya penuh.

Baguslah penuh, itu bermakna memang ada golong OKU yang datang ke masjid untuk menunaikan solat Terawih. Tapi tak tahulah jika golong bukan OKU yang menggunakannya hahaha.

Maka, beliau mencadangkan kepada pemandunya untuk memasuki perkarangan masjid menggunakan pintu yang lain.

Alhamdulillah, pak guard disini membenarkan dan parking OKU masih kosong tidak digunakan. Lagipun memang ada 2 parking sahaja dekat masjid ini.

Kadangkala, tertanya-tanya juga, “Berapa sepatutnya parking untuk golongan OKU disediakan disatu-satu masjid? Kebanyakan yang Bro jumpa hanya 2 parking sahaja kecuali masjid besar.

Panduan Buat Muffin

Tempat Wudhu Kurang Mesra OKU

Ini pula perkongsian dari Salim Harmanain mengenai pengalaman beliau setiap kali menunaikan solat di Masjid.

Percaya atau tidak? Tempat yang paling susah untuk diakses bagi seorang oku berkerusi roda di Malaysia adalah masjid adalah Tempat wuduk“.

Salim HarmanainTidak dinafikan tempat wudhu disesetengah masjid nampak cantik tapi hampir mustahil untuk digunakan oleh beliau secara sendirian.

Jika ada yang sudi menolong beliau mengambil wudhu, ia memerlukan mereka yang kepala gila untuk cari jalan macam mana nak ambil wuduk.

Solusi terbaik bagi beliau dengan membawa air mineral atau spray air.

Boleh dikatakan hampir semua masjid yang beliau pergi tak mempunyai access ke tempat wudhu bagi golong OKU berkerusi roda.

Itu baru masalah yang beliau hadapi di ruang wudhu, belum lagi nak ke ruang solat utama.

Masjid Putrajaya ada tangga. Walaupun sikit tapi tetap tak boleh diakses sendiri oleh OKU. Ada la abang polis hensem tu tolong. Tapi kadang rasa tak best juga asyik orang tolong.

Begitu juga dekat masjid Shah Alam, tak ada papan tanda. Berpusing cari lif. Sekali ada la kat ceruk tu“.

Tambahan beliau juga,

Masa belajar di UIA dulu, berbuih juga minta pihak pengurusan menyediakan akses ke ruang solat dan tempat wuduk. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga walaupun mengambil masa.

Waktu itu, semua benda perlu disediakan dari proposal, lukisan plan hingga kepada dokumen sokongan yang melaksanakannya.

Sayang sangat..
Masjid cantik…
Oku wuduk guna spray air.
Solat dekat tepi masjid sebab tak boleh masuk ruang solat.
Doakan aku kaya.
Nanti boleh buat masjid mesra Oku.
” – Salim Harmanain

Bicara Bro : Masjid cantik pun tak guna jika datang masjid just nak photoshoot kahwin hahahaha