Selepas Bengkel Viral-Lah tempoh hari mendapat sambutan mengalakkan, Siri Berilmu di MarkasKD kembali lagi.
Kali ini mereka membawakan bengkel penulisan kreatif bersama penulis best seller Nadia Khan Neddo Khan yang telah mencipta fenomena tersendiri dalam dunia penulisan dan penerbitan buku.
Latar Belakang Nadia Khan Dalam Dunia Penulisan
Nadia Khan menulis secara profesional selepas tamat pengajian perubatan pada tahun 2009.
Penulis prolifik ini menghasilkan novel pertamanya Kelabu bersama penerbitan Fixi pada tahun 2011 dan diikuti dengan antalogi cerpen pada tahun 2012.
Nadia Khan konsisten menulis sehingga terhasilnya novel Gantung pada 2013 dan dua novella dalam satu buku berjudul Pakar pada tahun 2015. Terbaru beliau menghadiahkan peminat setianya dengan novel sekuel Gantung 2 pada 2017.
Kesemua bukunya diterbitkan oleh Buku Fixi salah satu syarikat penerbitan yang establish di Malaysia.
Novel Kelabu (2011) telah masuk cetakan ke-17, Cerpen (2012) cetakan ke-10, Gantung (2013) masuk ke cetakan ke-15, Pakar (2015) cetakan ke-5 dan Gantung 2 (2017) yang telah mencecah cetakan ke-2 dalam masa 2 minggu diterbitkan.
Nadia juga menulis beberapa skrip untuk telemovie dan drama bersiri antaranya; Memberku Hawa (musim ke-2), Oh My English (musim ke-2 & ke-3), Aku dan Tok Wan (musim pertama), Gantung (musim pertama), Aku Dia dan Tong Sampah, Dee, Roti Canai Love Story dan Suri Hati Mr. Pilot Raya.
Walaupun bekerja sebagai pensyarah perubatan dan psikologi di sebuah universiti swasta tempatan, Nadia Khan terus unggul sebagai penulis wanita cereka Malaysia yang mempunyai ribuan pembaca setia yang sering menunggu karyanya diterbitkan.
Gaya penulisan yang segar, catchy dan kontemporari menjadikan Nadia Khan seorang penulis berada di dalam kelasnya yang tersendiri.
Bengkel Penulisan Kreatif Bersama Nadia Khan
Bengkel penulisan kreatif bersama Nadia Khan akan membuka rahsia penulisannya dan tips-tips yang berkesan kepada penulis baru dan mereka yang mahu menjadikan penulisan sebagai kerjaya; dalam memastikan karya itu cemerlang dan mampu diterima khalayak dengan lebih meluas.
Bengkel akan diadakan di Markas Kota Damansara Daftar sekarang di 012-7379386. Terhad kepada 20 orang terawal sahaja.
kereeen mba Nadia Khan selamaaat atas kreatif untuk nulisnya
Penulisan ni kalau macam blogger tu sesuai ker atau untuk penulisan novel dan buku.
Ramai je blogger yang bro kenal, dah jadi penulis novel dan buku. Siap ada yang jadi penulis skrip.
macam menarik je bengkel tu.. kadang kita kene kreatif tapi nak cari idea utk kreatifkan penulisan kita memang perlu mencari/menuntut ilmu dari pakar.
Ada baiknya jika dapat turun dan sertai bengkel seperti ini….
great info to those writing novel, I didn’t know of it until I read here. Good for novel writers to join :D
Macam menarik je kan? Tapi tu lah..otak ni dah tepu utk belajar..huhuhu
Akak dah tepu, tapi Aisyah belum lagi… jauh perjalanan dia hahahah
Buku Fixi kedua Sally baca, buku Kelabu..karya daripada Nadia…Sally actually memilih jugak nak baca Fixi…kadang-kadang kalau terkena dgn jiwa, selagi tak hbs tak letak…bagus jugak kalau boleh attend bengkel ni…
Kan best kalau Sally sudi baca blog bro hari-hari… Walaupun berada di Korea hahahah
hahahaha…hoii! Sally ade je sampai ni…mgkn bro boleh fixi kan blog bro, mana tau sally attach kat blog ni selalu..hihihi
Kalau ada peluang,why not asah bakat kan
Menarik juga ni. Sambil-sambil tu boleh tingkatkan penggunaan kosa kata dan bahasa untuk penulisan.
Wah!! Seronoknya dapat tambah ilmu. Penulisnya pun memang terbaik. Memang tak rugi la hadir bengkel macam ni. Macam-macam manfaat boleh dapat kan.
Tak pernah lagi beli buku karya nadia khan ni. Bolsh lah cari nanti.
yang mana berminat nak menulis buku atau nak tambah ilmu penulisan boleh la join bengkel ni. siapa je tak kenal penulis Nadia Khan, penulis best seller Fixi
bagus ada bengkel macam ni. beri peluang kepada siapa yang berminat untuk menulis buku
Tak pernah lagi baca buku dari Nadia ni. Nak juga belajar pasal penulisan tapi bengkel ni lebih pada penulisan buku atau skrip kan. Kalau ada bengkel penulisan untuk blogger mungkin akan pertimbangkan untuk join nanti.
Tak juga…. ini untuk pelajari cara penulisan kreatif..
Yang kita boleh adopt pada cara penulisan blog, cara penulisan di laman sosial ataupun nak advance, penulisan novel dan skrip…
Beberapa minggu lepas, peserta bengkel pelajari cara penulisan berpengaruh dari Bapa Viral Kebangsaan. Tengok peserta dorang sekarang nie, up status dekat facebook pun dah banyak berbeza cara penulisannya. Siap beratus like sekarang nie.
Dan boleh diselit dengan iklan.
Nadia khan pensyarah perubatan??? Baru tahu hari ini. Novel Gantung beliau mmg sangat famous. GV suka novel2x daripada Fixi sebab jalan cerita lain sangat dengan novel arus perdana. :)