December 6, 2024

Penjimatan Berganda Berbelanja di Lazada Melalui Aplikasi Shopback Malaysia

Siapa sini suka shopping secara online terutamanya di Lazada?

Bro agak kurang sikit shopping secara online kecuali jika ada promosi, berbeza dengan Puan Isteri yang agak kerap berbelanja terutamanya di Lazada.

Tak kira ada promosi atau tidak, dia tetap juga selalu berbelanja secara online lebih-lebih lagi di hari gaji.

Kadangkala dia shopping bukan untuk dirinya, katanya untuk rakan-rakan sekerja dia.

Eh?

Pelik kejap, kenapa pula dia shoppingkan untuk rakan-rakan dia pula? Dorang tak reti ke nak shopping secara online sendiri?

Shopback Malaysia

Rupanya puan isteri yang tawar diri untuk shoppingkan untuk dorang. Katanya dia dapat ‘sedikit untung’ bila ada yang minta dia shopping barang terutamanya di Lazada.

Ok, 2x pelik kejap.

Korek punya korek, rupanya dia dapat sedikit ‘komisen’ atau lebih dikenali sebagai ‘pulangan tunai’ dengan berbelanja secara online menggunakan aplikasi Shopback.

Bukan setakat berbelanja di Lazada,

Anda juga boleh dapatkan pulangan tunai bila berbelanja secara online di Taobao, Groupon dan juga Foodpanda!
Shopback Malaysia
Lebih menarik lagi bila anda dapat menikmati lebih penjimatan bila merancang percutian keluar negara dengan Agoda, Hotels.com, Expedia dan AirAsiaGo melalui aplikasi Shopback.

Tak percaya?

Jom kita buat survey mengenai ‘Travel Deals’ di Shopback. Confirm rambang mata dibuatnya.

Siapa tak mahu, jika anda berbelanja dan dapat pulangan dalam bentuk wang tunai sehingga 12%.

Patutlah selama ini puan isteri asik tersenyum sahaja setiap kali shopping online. Lebih ketara senyumannya bila suami dia yang tolong bayarkan he…23x

Bijak… Bijak….!!

Shopback Malaysia

Ini jumlah komisen yang dia perolehi dari pembelian terakhirnya.

Nampak macam sedikit, tetapi kalau kerap sangat berbelanja secra online. Dengan shopback lebih banyak penjimatan demi penjimatan dapat dinikmati.

Betul tak?

Iklan : Voucher Lazada Untuk Lebih Penjimatan.

Shopback Malaysia

Bagaimana Shopback Berfungsi

Mudah sahaja nak menggunakan shopback. Mula sekali anda kena daftar akaun shopback (klik untuk mendaftar).

Muat turun aplikasi Shopback ke telefon pintar anda sekiranya anda lebih suka shopping dihadapan telefon berbanding dihadapan laptop / komputer.

  1. Sebelum membuat pembelian dari mana-mana laman. Log masuk ke akaun Shopback anda, kemudian pilih laman shopping online yang anda inginkan melalui aplikasi Shopback.
  2. Buat pembelian & pembayaran.
  3. Setelah pembelian berjaya, komisen dari pembelanjaan anda akan dimasukan kedalam akaun shopback anda.
  4. Bila jumlahnya mencukupi, Shopback akan melakukan pembayaran secara tunai terus ke akaun bank anda.
  5. Sambung shopping lagi ;)

Mudah bukan?

Tak faham? Jom layan video dibawah pula bagi memudahkan pemahaman anda.

Jangan lupa untuk daftar akaun shopback (klik untuk mendaftar) untuk menikmati lebih penjimatan berganda ketika membeli-belah secara online ;)

Jangan cakap puan isteri Bro tak payung.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Penjimatan Berganda Berbelanja di Lazada Melalui Aplikasi Shopback Malaysia

  1. ha pisyek pun dah pakai start pakai shopback. kalau berbelanja tu takde la rasa sedih sangat walaupun habis duit sebab dapat reward balik.

    Hahahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *