March 29, 2024

Nu-Caffe Andunan 100% Biji Kopi Arabica Bersama Pati Tongkat Ali

Nu Caffe Tongkat Ali
Khamis malam Jumaat, Walaupun agak lewat Bro masih lagi berjaga sambil menikmati secawan Kopi Premium Nu-Caffe.

Sedikit demi sedikit Bro hirup, ditemani cahaya laptop.

Aromanya menyusuk hidung membangkitkan citarasa yang tinggi bagi peminat kopi Arabica (100% biji kopi Arabica) yang diadun bersama pati Tongkat Ali bermutu tinggi.

Tidak dinafikan,

Aroma dari kopi Arabica sahaja mampu membangkitkan naluri dalaman seseorang untuk memastikan dia kekal segar dan aktif ketika berjaga. Ditambahkan lagi dengan kelebihan yang terdapat pada Tongkat Ali seperti mana yang anda sedia maklum.

Secara tradisionalnya, Tongkat Ali mampu

  • Membekalkan tenaga berpanjangan
  • Memperbaiki pengaliran darah dan fokus
  • Menigkatkan kesihatan lelaki keseluruhan
  • Meningkatkan libido

Nu Caffe Tongkat Ali
Nu-Caffe mengandungi 50mg ekstrak premium Tongkat Ali (nisbah yang agak tinggi) yang melalui ujikaji mampu memberikan tenaga yang berpanjangan.

Ia merupakan hasil penyelidikan ahli saintis Malaysia dengan saintis di Massachusetts Institute of Technology (MIT) USA dan juga telah dipatenkan di 4 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan juga Malaysia

Setanding dengan jenama kopi antarabangsa dengan kelebihan Tongkat Ali yang sesuai dinikmati oleh semua, pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Nu Caffe Tongkat Ali
Penyediaannya juga mudah,

1 paket Nu-Caffe hanya perlu dibancuh dengan 200ml air panas (Dengan suhu sekitar 85-90’C) dan ianya sedia untuk dinikmati.

Jam pula menunjukkan pukul 4.30 pagi. Rasanya Bro perlu tidur dulu, esok ada sedikit urusan di luar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nu-Caffe, anda boleh layari laman web – www.nucaffe.com.my atau facebook Nu-Caffe Tongkat Ali.

NOTA : Nu-Caffe tiada kaitan dengan NU Sentral.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Nu-Caffe Andunan 100% Biji Kopi Arabica Bersama Pati Tongkat Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *