Kadangkala tertanya-tanya, “Kenapa Tak Ramai Usahawan Percaya dengan Kekuatan BLOG & Blogger”.
Dah lebih 10 tahun Bro berblog dan dah bermacam ragam usahawan mahupun malaswan Bro temui. Ada diantaranya tidak percaya dengan kekuatan blog dan rasa tidak berbaloi untuk melaburkan duit iklan di blog.
Kenapa jadi macam itu?
1- Semua orang boleh buat blog, Dia sendiri pun boleh buat blog. Kenapa dia nak bayar sesuatu yang dia sendiri boleh buat?
2- Ramai ingat, hari ini mengiklan di blog, esok lusa dah boleh dapat pulangan.
3- Banyak sangat blog (tiada niche) sampai tidak tahu blog mana sesuai untuk mereka iklan.
4- Blog anda mereka tidak pernah dengar? Mana tidaknya, jika SiakapKeli, The Vocket, Denaihati, Bro Framestone sahaja selalu terngiang di telinga dan timeline facebook mereka. Kebanyakan hanya terima iklan Premium dan nilainya bukan kecil.
5- Artikle yang korang siarkan tidak berada di laman pertama carian (search engine), mahupun laman kedua, ketiga mahupun ke-4 (Tapi ada niat nak kahwin sampai 3-4 bini hakkk tuiii!!!) Ketahuilah, Google sekarang lebih gemar banned mana-mana blog/website yang tidak memberi manfaat kepada hasil carian melalui engin carian mereka.
6- Blog korang terlalu banyak iklan. Sampaikan xnampak kandungan blog korang. Ke blog iklan semata-mata.
7- Anonymous – Siapa nak percayakan blog korang jika identiti korang pun dirahsiakan. Tak kisah korang tak nak tayang muka ke apa, asalkan blog korang didaftarkan syarikat rasanya tiada masalah. Yakni sesuatu yang orang percaya wujud dan boleh menjaga nama baik company yg nak mengiklan dekat korang.
8- Ramai sangup spend beribu untuk iklan di blog. Merujuk pada point ke-7, kepercayaan perlu ada untuk mereka invest sebanyak itu. Sebab result yang mereka akan perolehi adalah dalam bentuk jangka panjang. Tak berbaloi iklan di blog dengan nilai 2.6b tetapi bulan depan blog itu dah tutup.
9- Tahap keselamatan blog yang kurang. Berapa ramai blogger yang pernah di hack blognya? Berapa banyak blog yang menyebarkan virus / malware sehingga ada yang disekat untuk dibaca. Sistem keselamatan telah dipertingkatkan, tahun hadapan mungkin hanya website/blog yang punya https sahaja diakui mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Apa itu https?
10- Tak boleh nak salahkan blogger 100%. Kadangkala usahawan sendiri tidak berani laburkan duit untuk dapatkan pulangan dalam jangka masa panjang, tetapi lebih kepada jangka masa pendek. Kenapa? Sebab ramai je yang bungkus sebab produk/perkhidmatan mereka tak boleh pergi jauh. Xkisah la dorang iklan dekat memana pun. Sian….
Sesetengah orang yang Bro temui.
Terutamanya yang baru nak up. Kenkadang tak nak dengar cakap Bro (yang punyai pengalaman dan kelayakan) untuk memberi khidmat nasihat.
Sebabnya, Bro sendiri pun tak berminat nak layan mereka bila mereka mula bercakap besar dan menjatuhkan produk orang lain. Lebih ketara bila mereka gunakan keyword, ‘Bila lagi kita nak bantu sesama Melayu’
Kemudian Bro akan berkata, ‘Good Luck’ dan tak lama selepas itu, bungkus la business mereka dan kebanyakan jumpa Bro macam buat kenal tak kenal je. He…23x
Rasanya bukan Bro sorang je, korang sendiri pun pernah jumpa juga kan?
Yang Benar,
Bro Framestone – Bapak Sejuknya Pagi Ini, Bungkus Badan Dalam Selimut. Selamat Pagi
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter