November 13, 2024

Bakal Pengantin : Jaga Kesihatan Sebelum Naik Pelamin

Alhamdulillah,

Selesai sudah berjogging dan melakukan senaman ringan pagi ini. Sekadar berjogging sekitar area Parit Raja, Johor.

Bro selamat sampai subuh tadi, plan asal nak tidur.

Tapi Bro ini dah terbiasa. Kalau dah bangun pagi + siap mandi, memang susah nak tidur balik.

Maka berjogginglah menjadi pilihan yang paling sesuai untuk memastikan kecergasan dan kesihatan Bro pada tahap yang baik.

Dalam masa yang sama boleh mengelak dari mendengar bebelan di waktu pagi (yang ini option ek)

Target bro dalam 3-4 km. Tapi dalam 2 km sahaja mampu Bro buat. Badan tak fitt macam zaman bro atlet kebangsaan dulu.

Untuk maklumat anda, bro antara peserta terawal yang tersingkir dari cabaran six pack anjuran rakan blogger merangkap bekas artis 90an – Zarul Umbrella.

Keadaan Bro tidak mengizinkan Bro memberi cabaran lagi-lagi bila tempoh berbaki 2 minggu sahaja.

Tetapi bro tetap akan berusaha untuk dapatkan six packs yang menjadi idaman jejaka yang menyertai cabaran itu. Mana tahu melekat seorang dua awek masa joggingkan he..23x

Usaha tangga kejayaan.

Bicara Bro : Hujung minggu ini bro akan mendirikan rumah tangga.

Badan Bro rasanya fitt untuk menempuh majlis yang bakal diadakan 3 hari berturut-turut di sini. Hope tak memerlukan bro mengambil supplement atau pun Produk Power Root.

Kepada pengantin perempuan, perkemaskan diri anda he..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

40 thoughts on “Bakal Pengantin : Jaga Kesihatan Sebelum Naik Pelamin

  1. Waahh..sempat jogging dulu tuuu…
    maaf bro x dpt dtg wpun tringin ke bt pahat punye sbb bley balik kg hasben skali…
    tp ade pan dah both weeks

    ape pun, semoge semuanye berjalan lancar dan dipermudahkan… jgn stress2 sgt ye.. gudlak! ;)

    1. Tak sempat nak berurut la… Elok jika mula-mula pakai standard… dah lama nnti baru upgrade..

      Baru la dapat rasa performance tak down… wah wah aku pula yang mengajar

  2. slmt menempuh alam berumahtangga bro! akak doakan semoga kekal bhgia hingga ke hujung nyawa dan terus bcinta sampai ke syurga…amin3x!!!

    1. Kalau ikutkan 2 km tue tak cukup.. Tapi ok la untuk beginner macam bro yang baru nak berjinak-jinak semula.

      Entah2 lepas kahwin, nak keluar rumah pun malas. jog atas katil je nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *