June 27, 2025

Siemens Labur 100 Juta Euro Dalam Bentuk Geran Perisian di Malaysia

Siemens bakal memperuntukkan pelaburan sebanyak 100 juta Euro dalam bentuk geran perisian kepada universiti dan kolej tempatan bagi menggalakkan latihan kemahiran semula dan meningkatkan keupayaan latihan dalam persediaan ke arah era perindustrian di Malaysia.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens AG, Encik Joe Kaeser dalam sebuah sidang media di Kuala Lumpur. Turut hadir bersama adalah Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Encik Prakash Chandran.

Siemens Malaysia

Siemens Malaysia Umum Hala Tuju 2017 Selepas Pertemuan Bersama PM

Peruntukan geran perisian yang bakal memperkasakan para pelajar tempatan dalam era pendigitalan itu diumumkan berikutan perbincangan peringkat tertinggi dan kunjung hormat kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 13 April 2017.

Kami telah menawarkan bantuan kelas pertama kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menyediakan perkakasan perisian bagi industri digital untuk digunapakai dalam bidang pembuatan seperti Industrie 4.0, dan memperuntukkan geran perisian bernilai 100 juta Euro kepada universiti dan kolej tempatan supaya generasi muda dapat mempelajari bidang pembuatan secara virtual,” – Joe Kaeser.

Dengan rangkaian inovasi global mereka serta keupayaan menyediakan perkhidmatan dalam tiga teras kecekapan / portfolio iaitu Elektrifikasi, Automasi, dan Pendigitalan, Siemens berada di kedudukan yang kukuh untuk membekalkan penyelesaian yang diperlukan dalam memenuhi keperluan industri pada masa akan datang.

Ianya selaras dengan pelan transformasi 30 tahun Perdana Menteri, iaitu Transformasi Nasional (TN50) bagi mengukuhkan hab ekonomi digital dalam negara.

Siemens Malaysia Catat Keuntungan Sebanyak 879 juta Euro Pada Tahun 2016

Sejak tahun 1908, Siemens telah terlibat secara aktif dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan sosial Malaysia.

Kini, dengan rangkaian inovasi global, Siemens adalah antara peneraju pembekal teknologi dengan produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran dalam ekonomi Malaysia seperti Tenaga & Gas, Penjanaan Kuasa, Pengurusan Tenaga, Teknologi Bangunan, Mobiliti, Kilang Digital, Industri Proses & Pemacu serta Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan.

Mereka melihat terdapat banyak peluang yang boleh dimanfaatkan di Malaysia untuk terus mengembangkan sumber sedia ada.

Mereka juga telah berbincang dengan Perdana Menteri mengenai masa depan negara berhubung era digital dan bagaimana keseluruhan revolusi perindustrian boleh dilaksanakan di negara ini, dan langkah-langkah bagaimana Siemens dapat bekerjasama dengan para pelanggan dan universiti terkemuka untuk membantu merangkul Revolusi Perindustrian Keempat.

Seperti yang anda tahu, Siemens adalah peneraju dalam pembuatan dan automasi, dan juga pembekal terbesar perisian industri dengan hasil pendapatan kira-kira 5 bilion Euro.

Pendigitalan adalah sebahagian daripada fokus baharu dan mereka percaya pelaburan dalam kemahiran perisian bagi melatih pelajar-pelajar dalam generasi kejuruteraan akan datang adalah amat penting.

Menurut Encik Prakash Chandran, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia,

Sejak bertapak di Malaysia selama lebih 100 tahun, kami memastikan bahawa Siemens memberikan sokongan yang terbaik – termasuklah menyediakan akses kepada kepada pendidikan, teknologi terkini dan komuniti yang mampan.

Siemens memperuntukkan sekitar 6% dalam penyelidikan dan pembangunan setiap tahun dan membawa teknologi terkini, samada untuk projek MRT mahupun LRT dua landasan.

Dalam masa yang sama,

Siemens juga memberi tumpuan kepada pembangunan mobiliti yang lebih cekap serta menyediakan peluang grid pintar bagi meningkatkan liputan bekalan elektrik negara dengan penjanaan kapasiti baharu melalui penyelesaian alternatif dengan bantuan kepintaran digital.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siemens, anda boleh layari www.siemens.asia
Siemens Malaysia
Bicara Bro : Banyak peluang dan ruang diberikan buat generasi muda untuk memantapkan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar menuju Transformasi Nasional (TN50).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *