November 11, 2024

Robi – Robot Pertama Bertutur Bahasa Manglish di Dunia Kini Berada Di Malaysia

Robi - 1Utama Shopping Centre
Robi, satu-satunya robot yang mampu bertutur dalam bahasa Manglish, telah tiba di Malaysia dengan pelancaran rasminya kedai online dan majalah DeAgostini selaku rakan kerja Robi.

Majlis pelancaran telah diadakan di 1Utama Shopping Centre yang turut dihadiri oleh Professor Tomotaka Takahashi, selaku pencipta Robi.

Robi 1st EditionUntuk pengetahuan anda,

Robi merupakan gabungan reka bentuk yang canggih dengan teknologi maju dari Jepun yang direka untuk memberi pengalaman interaktif yang mampu mengeratkan hubungan seisi keluarga.

Majalah DeAgostini, bukan sahaja memberi maklumat lebih mendalam bagaimana Robi berfungsi.

Bahkan majalah pendidikan ini turut disertakan dengan panduan dan bahagian model Robi untuk anda cantumkan menjadi Robi itu sendiri.

Terdapat 70 isu yang boleh anda kumpul dan tempah secara online.

Maka anda seisi keluarga, mahupun peminat robotik boleh mendapatkan kesemua isu ini dan mula mengabungkan semua bahagian Robi sendiri.

Bro sekeluarga juga telah cuba memasang sendiri Robi ini dari bahagian yang kami perolehi melalui Majalah DeAgostini isu 1 – 8. Anda boleh tonton pengalaman kami melalui Vlog Bro Framestone – Robi.

Apa Yang Menarik Mengenai Robi?

Robi - 1Utama Shopping Centre

Menampilkan teknologi robotik tercanggih dari Jepun, Robi menjadi robot humanoid terlaris di dunia.

Ianya mampu berkomunikasi dengan anda, bahkan memaparkan pelbagai emosi melalui warna pada matanya.

Bagi Robi edisi pertama,

Ia mampy bercakap, menyanyi, menari bahkan mampu mengawal perbagai pekakas di rumah (pekakas yang menggunakan alat kawalan jauh – TV, Kipas etc)

Ianya juga mampu menguasai lebih 250 frasa pembendaraan kata, sekaligus mampu berinteraksi dengan lebih baik antara manusia dan robot.

Yang menarik bagi Robi Versi Malaysia, ia telah diprogramkan untuk bertutur beberapa frasa Manglish – English, Melayu dan Cina.

Menarik bukan?


Bagi isu pertama Robi, anda boleh dapatkan pada harga istimewa – RM24.90.

Dan harga untuk isu seterusnya pula – RM74.90 dan boleh didapati di 7Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jason’s Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH Bookstores, myNEWS.com, Pansing, POPULAR, RadioShack, Times dan WHSmith.

Atau anda boleh belinya secara online di www.myrobi.my/

Pameran Robi di 1Utama Shopping Centre

Robi - 1Utama Shopping Centre

Sekiranya anda mempunyai kelapangan,

Anda boleh datang ke pameran Robi yang berlangsung di 1Utama Shopping Centre dari 10 – 12 Mac 2017 untuk melihat bertapa comel dan interaktifnya Robi ini.

Anda juga berpeluang untuk temui Professor Tomotaka Takahashi, selaku pencipta Robi, yang akan memperkenalkan Robi itu sendiri kepada anda yang hadir ke pameran ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Robi – Robot Pertama Bertutur Bahasa Manglish di Dunia Kini Berada Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *