You are here
Home > Iklan > Advertorial > Robi – Teman Robotik Interaktif Yang Mahir 3 Bahasa Bakal Datang Ke Malaysia

Robi – Teman Robotik Interaktif Yang Mahir 3 Bahasa Bakal Datang Ke Malaysia

Robi - Teman Robotik Interaktif
Robi, teman robotik interaktif popular yang menguasai tiga bahasa dan petah berbicara Manglish, akan buat kemunculan pertamanya di Malaysia bulan depan.

Pasti anak-anak dan anda sendiri tidak sabar untuk menemuinya.

Anda seisi keluarga boleh hadir ke majlis pelancaran dan pamerannya yang diadakan di One Utama Shopping Centre pada 10 – 12 Mac 2017.

Robi - An Interactive Trilingual Robotic CompanionIa akan turut dihadiri oleh pencipta Robi, Professor Tomotaka Takahashi dan Hajime ‘Jimmy’ Murano, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah DeAgostini Japan.

Robi merupakan gabungan reka bentuk canggih dengan teknologi canggih Jepun yang telah direka untuk memberikan pengalaman membina ikatan interaktif untuk seisi keluarga.

Hingga kini,

Lebih daripada 130,000 robot Robi telah dipasang oleh peminat dari seluruh dunia, menjadikan Robi – robot humanoid dari Jepun paling laris di dunia.

Dengan tema “ASSEMBLE ROBI, UNITE A FAMILY”, acara ini dapat memberi peluang kepada kseisi keluarga untuk berkenalan dengan Robi melalui pengalaman memasangnya.

Selain mempunyai perbendaharaan kata yang luas (lebih daripada 250 frasa bahasa Inggeris dan Mandarin), Robi juga boleh menyanyi, menari dan mengawal TV anda.

Yang paling penting,

Secara eksklusifnya Robi telah diprogramkan semula untuk bercakap beberapa frasa dalam Bahasa Malaysia dan ia hanya terdapat untuk pasaran di Malaysia.

Majalah DeAgostini Terbitan Mingguan

Robi - Weekly Magazine
Robi boleh didapati di beberapa kedai / pasaraya melalui Majalah DeAgostini terbitan mingguan yang akan menampilkan bahagian-bahagian yang terkini Robi.

Turut serta arahan pemasangan yang mudah dan artikel pendidikan yang memberi tumpuan kepada elektronik dan robotik untuk bacaan anda.

Sepanjang 70 isu, ibu bapa di Malaysia (dan pencinta gajet) dapat membina Robi, sambil menikmati masa berkualiti dan pengalaman bersama anak-anak mereka.

(Bro hanya ada isu 1 hingga 8)

Robi - Weekly Magazine

Robi - Weekly Magazine

Robi - Weekly Magazine

Robi - Weekly Magazine
Nampak menarik dan mudah dihadam.

Bagaimana pula dengan anda? Jom dapatkan Majalah DeAgostini yang kini sudah berada di pasaran Malaysia.

Peringatan : Harap bersabar & bertabah, kerana ia hanya dipasarkan mengikut edisi. So korang perlu kumpul satu persatu dan tidak boleh termiss keluarannya.

Ada yang hubungi Bro bertanyakan bagaimana nak dapatkan edisi yang seterusnya (Dia baru dapat edisi pertama sahaja). Buat masa ini, anda perlu banyakan bersabar atau datang sendiri ke pameran mereka di 1 Utama (10 – 12 Mac 2017).

Sesi Memasang Robi Bersama Keluarga

ROBI - Teman Robotik Interaktif
Bila melibatkan benda pasang memasang ini, Puan Isteri antara yang paling teruja selepas anak-anak.

Cara pemasangannya tidak beberapa sukar (jika tiada gangguan anak-anak). Sebab panduan pemasangan disertakan untuk rujukan anda, serta diselitkan sekali beberapa tip bagi memudahkan anda memasangnya.

Untuk memasang komponennya, disertakan peralatan seperti pemutar skrew dan juga skrew (Walaupun ianya kecil, jangan risau kehilangannya. Ada extra skrew disertakan sekali).

ROBI - Teman Robotik Interaktif< Kepala Robi yang hampir siap dipasang, comel je kan.Untuk bahagian kepala sahaja memerlukan komponen yang dikumpul dari Majalah DeAgostini Edisi 1 - 3ROBI - Teman Robotik Interaktif

Yeah….!! Akhirnya siap juga.

Kenapa separuh je?

Kalau korang nak dapatkan Robi full set, anda perlu dapatkan kesemua Majalah DeAgostini yang bakal dipasaran secara berperingkat nanti.

All da best…!!


Anda boleh tonton vlog sepanjang tempoh kami memasang seketul Robi.

Agak mencabar, tetapi mampu beri kepuasan kepada kami seisi keluarga. Bagaimana pula dengan keluarga anda?

Pameran Robi di One Utama Shopping Centre

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut, anda dijemput melawati pameran Robi di One Utama Shopping Centre untuk mengenali dan bermain dengan Robi yang siap dipasang!

Terdapat juga persembahan tarian ‘Robi Rave’ dimana ia menampilkan 100 robot Robi setiap hari, pada pukul 3:30 petang dan 7:30 pada 10 Mac 2017, 11:00, 03:30, dan 19:30 pada 11 Mac 2017, dan 11: 30am dan 15:00 pada 12 Mac 2017.

Tarikh : 10 – 12 Mac 2017 (Jumaat – Ahad)
Masa : 11 am – 10 pm
Lokasi : Highstreet, One Utama Shopping Centre

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.myrobi.my, dan https://www.facebook.com/robimykl/

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “Robi – Teman Robotik Interaktif Yang Mahir 3 Bahasa Bakal Datang Ke Malaysia

  1. owh. patutlah. ada terbaca penulisan seorang blogger ni. saya tengok dia beli banyak. berkotak-kotak! saya pun pelik. buat apa dia beli banyak2 macam tu. rupanya, nak siapkan 1 robi complete, kena pakai banyak komponen. dan bila banyak komponen, kenalah banyak kotak! hahaha.

    *nak tahu juga, sekotak harga berapa ya BRO?*

Leave a Reply

Top