February 7, 2025

Penetapan Harga Minyak di Malaysia Berubah Pada Kadar Mingguan

Subsidi Minyak Malaysia
Jika sebelum ini, setiap hujung bulan pasti menjadi tanda tanya pada rakyat Malaysia sama ada harga minyak akan naik, turun atau kekal seperti bulan sebelumnya.

Kini, mulai 29 Mac 2017 kadar harga minyak akan berubah secara mingguan dan bukannya bulanan seperti sebelum ini.

Kerajaan akan menguatkuasakan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan, yakni pada setiap hari Rabu dimana harga berkenaan bakal berkuat kuasa bermula jam 12.01 pagi pada keesokannya.

Nampaknya aktiviti beratur di stesen minyak secara bulanan akan menjadi aktiviti mingguan selepas ini.

Diharapkan setiap bulan lebih banyak penurunan berbanding kenaikan.

Jika kerajaan betul-betul prihatin kepada rakyatnya. Harap jangan naikan harga minyak time gaji lambat lagi masuk dan jangan gegatai naikan harga minyak time rakyat baru dapat gaji.

Nak lagi best, asal minggu perayaan bagi diskaun minyak (aka subsidi mingguan) untuk rakyat menikmati minggu perayaan dengan hati yang senang hahahaha.

Bicara Bro : Gua sembang punyalah kencang, tapi gua merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang akan menangis dalam diam bila isi minyak RM50 rasa sehari je dah habis (kenkadang tak sampai sehari)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Penetapan Harga Minyak di Malaysia Berubah Pada Kadar Mingguan

  1. Masa saya ke Adelaide pada tahun 2000, pengusaha minyak disana menawarkan harga dari satu stesen minyak berlainan harga.

    Tanya mat salleh disana ada yang tak tawar harga murah? Ada katanya tetapi kena cari akhirnya kos belanja minyak cari stesen harga minyak murah lebih kurang sama jer.

    Tidak pasti apakah kesannya nanti. Apa yang dibimbangi adalah bekalan stok perlu minyak mencukupi. Jika ramai yang pakat serbu stesen minyak harga murah kahabisan stok tetapi lambat pula restok. Pengusaha rugi dan pengguna juga rugi.

    Saya mengharapkan supaya ada trial dahulu sebelum perlaksanaan penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *