Anda kini boleh menguruskan aktiviti kewangan lebih pantas, mudah dan selamat pada telefon pintar anda.
Mulai 16 Mac 2017, Aplikasi Maybank berwajah baru mengantikan aplikasi yang sedia ada bagi memberi pengalaman terbaik buat penggunanya.
Dengan aplikasi ini, membolehkan anda membayar bil dengan lebih pantas, melakukan pemindahan wang ataupun melakukan top-up prepaid hanya dengan menggunakan telefon pintar.
Paparan juga banyak berbeza dari yang terdahulu dimana ianya lebih ringkas, menarik dan mesra pengguna (sesuai bagi mereka yang berjari besar dan asik tersalah tekan)
Sekaligus memberikan pengalaman berbeza buat anda ketika menggunakan aplikasi ini.
Lagipun, ia mampu memberi kelebihan kepada anda sekiranya anda seorang yang mengejar masa dan menganggap setiap saat amat berharga untuk anda.
Masa itu emas (duit).
Segala urusan anda kini lebih pantas dari kebiasaan dengan menggunakan aplikasi ini dalam menguruskan aktiviti kewangan seharian anda.
Paparan lebih kemas dan teratur serta mesra pengguna memudahkan anda melakukan transaksi lebih pantas.
Anda pasti tidak merasa kekok atau menghadapi masalah jika pertama kali menggunakannya.
Tahap Keselamatan Dipertingkatkan – Fungsi Pengesahan Cap Jari
Dengan hanya login masuk mengunakan pengesahan cap jari (bagi telefon pintar yang mempunyai fungsi pengimbas cap jari), anda boleh melihat baki dalam akaun bank anda, transaksi terkini, baki kad debit, baki hutang kad kredit, baki pinjaman yang perlu dibayar, pelaburan dan sebagainya.
Pantas bukan?
Bagaimanapun untuk langkah keselamatan, anda tetap perlu masukan kata laluan untuk melakukan transaksi terutamanya bagi pemindahan wang, pembayaran bil, pembelian topup prepaid dan sebagainya.
Bagaimanapun aplikasi ini mungkin tidak akan berfungsi sekiranya telefon pintar anda telah di jailbreak ataupun di root. Ini kerana telefon pintar anda mungkin mudah terdedah kepada aktivit penipuan.
Dalam masa yang sama telefon pintar anda ‘terikat’ dengan akses ke akaun Maybank2u anda. Maka, orang lain tidak boleh log masuk ke akaun Maybank2u anda menggunakan telefon pintar orang lain.
Aplikasi Maybank ini boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play mulai 16 Mac 2017.
Penafian : Anda tidak perlu risau, aplikasi MyMaybank yang sedia ada masih boleh digunakan sehingga sekitar suku ketiga 2017 ini.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
wow..inovasi yang sangat hebat …
yang penting lebih mudah dan pantas
assalamualaikum bro…wah nampak menarik …kalau cpt dan mudah mmg senang la…:)
** Mama Maszull
Yup, bro dah cuba…. try la….
Perasan sebab pengguna mb2u ni.. At least secure sikit
harap takde isu lagi tentang sekuriti..mesti ada yang nak cuba hack tu..
Antaramuka aplikasi mirip PayPal.
Maybe pakai script or developer yang sama.
Menarik blognya…
yes! i like new interface ni. mudah digunakan yang penting
ya dah tengok, memang menarik
Semakin cantik rekaannya, boleh cuba
Tq Bro
Info yg bagus,akak kena cuba. Yg lama pun tak pernah download.
Apa khabar kawan lama?