February 7, 2025

Teknologi LocNutri Friso Gold Bantu Sistem Penghadaman / Pencernaan Si Manja Anda

Teknologi LocNutri Friso Gold Bantu Sistem Penghadaman / Pencernaan Si Manja Anda
Kepada rakan-rakan yang kini merupakan ibubapa, Bro ingin bertanyakan satu soalan.

Apakah kateria yang anda titik beratkan dalam pemilihan susu formula bagi anak anda? Adakah ianya berkaitan dengan nutrisi, kelebihannya, harga atau hanya sekadar ada?

Mungkin ramai yang tidak sedar,

Bila asik didedahkan tentang kepentingan nutrisi, perbandingan susu ataupun permainan harga yang kadangkala membebankan duit poket si ibu bapa.

Tetapi, tahukah anda satu perkara berkaitan anak anda perlu anda ketahui?

Ianya ada kaitan @ hubungkait dengan apa yang anda berikan kepada mereka ambil sewaktu mereka membesar.

Yup, sistem percernaan mereka.

Sistem Percernaan Terbaik Kunci Perkembangan Anak Anda

Sistem Percernaan Terbaik Kunci Perkembangan Anak AndaPernahkah anda mengalami situasi dimana si manja anda meneran ketika membuang air besar.

Kadangkala mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya, ada ketikanya sampai menangis-nangis bila meneran akibat kesakitan yang mereka alami

Perkara seperti ini, sebenarnya amat merisaukan Bro selaku House Husband dimana Bro sendiri yang menjaga mereka.

Mungkin selama ini, Bro terlepas pandang.

Sistem penghadaman / pencernaan yang baik merupakan salah satu kunci kepada perkembangan dan kesihatan si manja kita supaya mereka boleh membesar dengan sihat.

Bro memang sedia maklum bahawa penghadaman adalah penting untuk kanak-kanak kerana apa sahaja pemakanan yang mereka hadam membantu pertumbesaran mereka lebih baik.

Bagaimanapun ianya memang berkait rapat dengan sistem penghadaman / pencernaan mereka.

Sekiranya sistem penghadaman / pencernaan mereka terganggu. Boleh nampak riak wajah mereka mula berubah, sentiasa murung dan kurang bergembira.

Tumpuan mereka untuk bermain atau belajar juga akan terganggu.

Mereka juga lebih mudah jatuh sakit dan nutrisi yang anda berikan gagal diserap oleh tubuh badan mereka.

Selain makanan berserat, pemilihan susu formula juga turut membantu sistem pencernaan si manja kita supaya ianya berfungsi dengan baik.

Manakala makanan & nutrisi pada susu dalam dihadam dengan baik tanpa memberi kesan kepada si manja kita ketika membuang air besar.

Kak Long Fisha X Friso Gold

Friso Gold with LocNutri

Atas saranan rakan-rakan, Bro telah memberikan Kak Long Fisha untuk mencuba menggunakan susu formula Friso Gold Step 3 dengan teknologi LocNutri.

LocNutri merupakan teknologi pemprosesan yang membantu memelihara struktur asal protein susu.

Melalui penghasilan susu berkualiti di ladang mereka di Belanda, dengan memastikan nutrisinya kekal dan tidak terjejas sebelum sampai kepada anda.

Para saintis mengambil masa bertahun mencipta proses khas ini bagi menjaga nutrisi dalam setiap proses yang dilalui, dan mengekalkan ia dalam kebaikan setiap susu formula.

Untuk pengetahuan anda,

Makanan yang dihadam si manja anda sering melalui proses yang melibatkan haba yang tinggi dan hasilnya, struktur semula jadi protein akan rosak. Ia tidak dapat diserap dengan mudah dan boleh menyebabkan si manja anda mengalami masalah pencernaan protein dan ketidakselesaan perut umumnya.

Teknologi ini menggunakan rawatan haba sederhana semasa proses penghasilan formula, supaya protein dipelihara lebih dekat dengan struktur asal mereka. Nutrien ini kemudiannya boleh diserap oleh badan dengan lebih berkesan.

Sepanjang tempoh beliau menggunakan susu formula ini, beliau tiada masalah untuk membuang air besar.

Jika sebelum ini, beliau membuang sehari sekali. Kini, 2-3x sehari.

Nampak juga beliau lebih aktif dan lebih bergembira ketika bermain. Boleh rasa perubahan ketara pada beliau.

Sebelum ini, beliau nampak macam ‘moody’ terutama bila perut tidak selesa untuk membuang air besar. Kini, tidak lagi.

Perubahan ini, bukan Bro sahaja yang perasan. Bahkan orang yang berada disekeliling beliau. Selera makan beliau juga bertambah.

Cuba Friso Gold Sekarang!

Friso Gold with LocNutri

Adakah anda ingin berikan yang terbaik buat Sistem penghadaman / pencernaan si manja anda?

Bagi ibubapa yang biasa menggunakan Friso Gold, kini ia hadir dengan teknologi LocNutri.

Manakala ibubapa yang belum pernah menggunakannya, anda boleh dapatkan sampel percuma Friso Gold untuk si manja anda di http://www.frisogold.com.my/try-friso-gold .

Sample PERCUMA Friso Gold

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Teknologi LocNutri Friso Gold Bantu Sistem Penghadaman / Pencernaan Si Manja Anda

  1. ahha! terbaca post ni. sekarang ni, anak no 3 tengah menyusu badan. kemudian, ada merancang untuk berikan dia susu formula bila sampai waktunya nanti. boleh dipertimbangkan ni. terima kasih ya bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *