Bro mewakili pihak penganjur ingin menjemput blogger dan rakan-rakan menghadiri Forum Blogger Cabaran Online & Pembangunan Buku pada hari Khamis ini 15/12/2016 jam 3 petang.
Forum ini menampilkan beberapa orang blogger yang berlainan latar belakang untuk berkongsi pendapat & pandangan mereka mengenai Cabaran Online & Pembangunan Buku.
Antara blogger yang terlibat adalah :-
- Bro Framestone (www.broframestone.com) – Penulis Blog Sepenuh Masa
- Kamaruddin Abdullah (www.kamaruddinabdullah.wordpress.com) – Ushawan, Penulis Buku & Blogger.
- Norazimah Abdul Talib (www.cekgunorazimah.com) – Guru, warga Pendidik & Blogger
Ia diadakan bersempena EXPO BUKU Malaysia yang berlangsung di PWTC.
Ekspo buku terbesar Malaysia ini bermula dari 14 hingga 18 Disember 2016. Terdapat pameran dan pelbagai acara menarik serta diskaun jualan buku-buku tempatan dan antarabangsa sehingga 70%!
Wah… Cayalah Bro… Tahniah bro…
Esok tu…
Sayangnya tak dapat join.. Kerja.. huhuhu
Tak sangka diberi peluang seperti ini lagi.
Xpe beb, kita memasing ada tanggungjawab memasing kan ;)
wah hari ni kan, insyaAllah saya cuba datang