March 29, 2024

Gambar Sebelum & Selepas Kahwin

Bro Framestone Iera Kan
Kalau ikutkan, tak banyak gambar Bro dan Puan Isteri sewaktu sebelum kahwin.

Ini gambar yang kami ambil berdua beberapa minggu sebelum diijab kabulkan. Antara gambar yang nampak menarik, hensem dan kesadoan Bro yang masih terserlah.

Bagaimana pula dengan gambar selepas kahwin?

Theseplay - Gambar Keluarga Bro Framestone & Iera Kan

Nampak tak perbezaannya.

Kalau tak nampak, kira bagus la tue. Kalau nampak, senyap-senyap sudah.

Bicara Bro : Hari ini, kalau ikutkan beberapa tahun sudah merupakan tarikh Bro bertunang dengan Puan Isteri.

Kalau ikutkan, niat keluarga nak datang merisik. Sekali bertukar pula jadi tunang.

Kalau ikutkan, kami bertunang selepas 2 hari Bro buat keputusan untuk melamar dia. Keluarga terus ke Johor menghancar cincin.

Ikutkan plan asal, pukul 4 petang. Sekali rumah dia penuh dengan saudara mara (kan plan asal nak merisik je). So keluarga Bro macam tak selesa, sebab kami-kami je.

Lagi satu, rumah tok dia sebelah rumah. Rumah tok sedara pun sebelah rumah dia. Rumah pakcik makcik dia pula depan rumah dia. So pepaham je la.

Kemudian plan ditukarkan kepada lepas isyak di rumah tok dia. Malangnya tok dia ada majlis dekat masjid, kena tunggu dia balik baru boleh berlangsungnya.

Tau-tau, dalam pukul 10.30 malam baru start perbincangan kedua-dua belah keluarga.

Bro?

Tengah duduk dalam bilik tidur. Kul 2 pagi baru sedar then tertanya-tanya apa yang dah jadi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Gambar Sebelum & Selepas Kahwin

Leave a Reply to Suria Amanda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *