March 29, 2024

Blogger’s Contest – Filem Volkswagen Kuning, OPPO F1s Untuk Dimenangi

bloggers-contest-filem-volkswagen-kuning
Ramai yang tak sabar nak menyertai Blogger’s Contest – Filem Volkswagen Kuning.

Contest ini dianjurkan oleh Bro Framestone dengan kerjasamsa MIG Pictures Sdn Bhd bagi mempromosikan Filem Volkswagen Kuning yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Penyertaan hanya dibuka kepada blogger,

Hanya blogger yang menyertai contest sahaja akan dijemput hadir ke Majlis Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning dan layak untuk memenangi hadiah utama.

new-oppo-web-banner-blogger-contest-volkswagen-kuning

Apa dia hadiah utama?

Pemenang utama akan membawa pulang 1x OPPO F1s. Menarik bukan?

Apa yang anda perlu buat?

Anda dikehendaki menulis satu artikle seram. Sama ada, ianya dalam bentuk fakta, cerita dari mulut ke mulut, cerita rekaan mahupun dari pengalaman sendiri/orang lain.

Mudah bukan?

Untuk menyertainya, anda dikehendaki mengisi borang INI, dan nantikan arahan selanjutnya yang akan diemailkan kepada anda.

Tarikh tutup penyertaan : 18 Sept 2016 (12.00 pm) Tempoh telah dipanjangkan atas permintaan pihak penaja.

Sinopsis Filem Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya

Penafian : Contest ini merupakan anjuran Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn. Bhd. Selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

43 thoughts on “Blogger’s Contest – Filem Volkswagen Kuning, OPPO F1s Untuk Dimenangi

    1. Tak pe, xsemua tayangan perdana tue best. Kenkadang dorang buat dekat tempat yang pack sampaikan lenguh kena berdiri.

      Nak bergambar dengan artis pun susah sampai berebut-rebut.

      Belum lagi berjam-jam menunggu wayang start ;)

  1. Filem ni buat saya tertarik nak menonton sbb mengingatkan satu kisah yg terkait memikirkan tentang Volkswagen Kuning… kisah gangguan yang benar-benar pernah berlaku… ada disediakan pautan di bawah :)

  2. blog kita banyak stok cerita seram tapi tak boleh join sebab selalu kutuk filem seram MiG hahaha.. apapun gud luck untuk semua yang mencuba nasib menulis cerita seram. Kalau free2 boleh baca cerita seram kat blog lekatlekit.com macam macam jenis cerita hantu ada hahahaha

Leave a Reply to Khir Khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *