Hampir tiba ke penghujung bulan ogos,
Baru dapat dikumpulkan kesemua pengomen tegar blog DeqNoor.com sepanjang bulan January – June 2016 untuk makan malam bersama pemilik blog.
Lokasi pilihan kali ini, adalah Ideaa Station yang terletak di U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Ini merupakan kali pertama Bro datang ke sana. Rupanya tak beberapa jauh dari ofis kenalan Bro. Patutlah rasa macam familiar je dengan nama lokasi ini.
Ideaa Station – U8, Bukit Jelutong, Shah Alam
Nampak cantik je hiasan dalamnya.
Dengar cerita, pemiliknya merupakan seorang arkitek dan tiada sebarang pengalaman dalam peniagaan berasaskan F&B.
Perkataan IDEAA itu sendiri merupakan gabungan huruf pertama nama pemilik suami isteri dan juga anak-anak mereka.
Antara menu ala carte yang disajikan di sini.
Langkah Kanan Kami di Ideaa Station
Rezeki kami sewaktu hadir tempoh hari dimana, pihak Ideaa Station menyediakan Buffet untuk kami dan juga untuk pelangan yang telah menempah awal.
Kiranya, kami semua langkah kanan dan tidak perlu memesan ala carte.
Meriah bukan..!!
Bagi yang berminat atau ingin datang ke sini, anda boleh rujuk maklumatnya di bawah ;-
Ideaa Station
4-G-07 D’vida Jalan Bazar U8/100,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam,
Selangor.
Bicara Bro : Setiap tahun, blogger Deq Noor akan menghargai pengomen di blog beliau dengan mengadakan makan-makan 2x setahun.
Selalunya bagi pengomen diantara bulan Januari – Jun dan Julai – Disember. Alhamdulillah, Bro tidak pernah miss sejak dari tahun 2012 hingga kini.
Teringin? Apa kata, anda start meninggalkan komen di blog www.deqnoor.com bermula hari ini (walaupun dia jarang update blog he…23x)
tak sabar nak tengok gambar2
Gambar2?
Ok, dah siap dimuat naik semua gambar yang ada pada Bro. Masih menunggu gambar2 dari rakan blogger yang lain.
meriah..macam majlis doa selamat kt kampung..ada meja pakcik2..ada area anak2 bermain..terima kasih DN!
Hahahahah kan…. Tapi gua risau juga kalau ada mana2 barang dia pecah kena main dengan anak2
Nampak sedap2 makanan yang disediakan ni. Boleh singgah dekat dgn ofis den ni kat kg melayu subang U6.
Boleh je nak singgah… plan macam nak ke sana juga nanti
Wow best ada gathering makan-makan dengan ada orang belanja. :)
Memang best. Apa kata jadi pengomen tegar blog Deqnoor sekarang….!!
thanks bro sudi dtg dari jauh & terus sokong blog DN walaupun boleh kira update blog sebulan sekali. heee…. :D
ok nyesal tak jadi pengomen tegar dah :(
Bila nak kembali jadi pengomen tegar semula….
Bagusnya pemilik blog… salah satu cara utk menghargai pengomen blog
Itu la… Dah bertahun dia buat macam tue. Alhamdulillah, tak pernah terlepas lagi.
banyak kat memane event ke apa ke, deqnoor ada, bro mesti ada kan..bleh la tu ye calon yang kedua..senang nak manage..:P
Jeng jeng jeng…. Deqnoor jarang turun event la Reezluv… Kebanyakan adalah kebetulan semata-mata.
Tapi bro napak senyap ja malam tu, hanya melayan henpon…maku agaknya
Hahaha