January 24, 2025

Teringat Telatah Arwah Pak Yus Dalam Filem Dukun Doktor Dani

Dukun Doktor Dani
Masih terkesan dengan pemergian rakan artis melangkap pelawak Yus Edoo atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yus.

Baru-baru ini, ada menonton lakonan arwah dalam Filem Dukun Doktor Dani yang akan mula ditayangkan bermula 28 Julai 2016.

Filem Dukun Doktor Dani arahan Sabri Yunus, terbitan Astro Shaw bersama produksi Balang Rimbun menampilkan pelakon berbakat besar dan popular seperti Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Arwah Yus Edoo, Raysha Risroze, Sabri Yunus, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Boleh dikatakan watak dan lakonan arwah Pak Yus banyak memberi kesan kepada jalan cerita Filem Dukun Doktor Dani ini.

Beliau sedikit pun tidak buat lawak seperti yang biasa kita tonton, tetapi penonton akan sentiasa terhibur dan terasa kesannya melalui lakonan beliau yang serius selaku gengster kampung.

Pak Yus - Dukun Doktor Dani
Arwah membawa watak Chot selaku gengster kampung yang bermulut manis tetapi tidak menyukai Doktor Dani lakonan Taufik Batisah yang disanjung oleh penduduk kampung.

Kepulangan Doktor Dani,

Membuatkan beliau tidak senang duduk dan mula menyebarkan fitnah dan memburuk-burukan Doktor Dani kepada seluruh oran kampung.

Pak Yus - Dukun Doktor Dani
Bagaimanapun semua orang kampung dah masak dengan perangai beliau yang malas berkerja tetapi bajet bagus.

Walaupun muka nampak gengster, beliau sebenarnya pengecut hahahah (Ok, part ini memang lawak walaupun arwah Pak Yus tak buat lawak).

Pak Yus - Dukun Doktor Dani
Sehingga pada satu tahap,

Beliau berpakat dengan Fikha (lakonan Raysha Rizrose) yang meminati Doktor Dani untuk mengenakan Doktor Dani yang telah menjatuhkan air muka mereka berdua dihadapan penduduk kampung.

Pak Yus - Dukun Doktor Dani

Malangnya, perancangan mereka gagal dan kantoi.

Lebih-lebih lagi bila mereka didapati berkhalwat, siap ditangkap oleh ketua kampung yang merupakan ayah kandung kepada Fikha.

Maka mereka berdua dikahwinkan.

Malangnya, Chot melarikan diri sebab tergagap-gagap sewaktu akad nikah berlangsung. (part ini pun lawak juga).

Al-fatihah buat arwah Pak Yus.

Sinopsis Filem Dukun Doktor Dani

Dukun Doktor Dani

Doktor Dani seorang doktor muda. Beliau baru sahaja dapat kerja di sebuah hospital selepas tamat pengajian. Dia sangat teruja apabila mendapat melakukan pembedahan pertamanya.

Tapi malangnya pembedahannya gagal dan pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Baginya dia “tak mahu jadi pembunuh” dan letak jawatan.

Doktor Dani pulang ke kampung halamnya. Mak Siti, ibunya amat kecewa dengan pilihan Dani kerana dia telah menghabiskan hartanya demi pembelajaran Dani.
Dukun Doktor Dani
Sementara itu, pada satu hari Dani ke rumah Dukun Sudin. Dia melihat kerja-kerja Dukun Sudin tak terurus. Dani juga sedar kaedah perdukunan yang digunakan tiada dalam keilmuannya. Kemudian mereka berbincang untuk bekerjasama.

Akhirnya, Dani berniaga barang-barang yang boleh digunakan oleh pesakit yang ingin dirawat oleh Dukun Sudin di depan rumah Dukun Sudin. Ajaibnya khidmat perniagaan Dukun Sudin semakin meningkat.

Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih kerja Dukun. Mak Cik Siti jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit maknya. Dia tidak akan menggunakan cara dukun. Dia membawa maknya ke Kuala Lumpur.

Selepas pemeriksaan doktor. Nyatalah mak Dani juga kena sakit yang memerlukan pembedahan. Mak Siti ingin anaknya untuk melakukan pembedahan. Dani berperang denga dilemma ini. Akhirnya dia setuju dan melakukan pembedahan kepada Mak Siti. Berjayakan Dani menyelamatkan maknya?

Trailer Filem Dukun Doktor Dani


Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir filem ini, sila layari www.facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram rasmi kami.

Pengguna laman sosial boleh menggunakan ‘hash tag’ #DukunDoktorDani.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Teringat Telatah Arwah Pak Yus Dalam Filem Dukun Doktor Dani

  1. Industri hiburan malaysia memang terasa dengan kehilangan 1 bakat besar dalam bidang lawak ni. Masih teringat lagi Arwah pak yus dalam rancangan raja lawak yang mula-mula dulu. Al-fatihah buat Arwah. Semoga Rohnya ditempatkan di kalangan orang yang dikasihi Allah. Amin.

    http://www.ceritaejoy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *