Aktiviti hujung minggu kami kali ini ke Tropicana City Mall.
Tak sangka dapat mengambil gambar Baby Fyna secantik ini dengan pokok padi di lokasi My City • My Farm 2016 yang sedang berlangsung di sana.
Bukan senang nak jumpa pokok padi di tengah-tengah bandar. Lagi-lagi padi yang sudah berbuah.
Dengar cerita, pokok-pokok padi ini dibawa dari Sekinchan. Memang pokok padi yang sebenar, bukan tipu punya. Bagi yang tak pernah tengok pokok padi secara dekat, jangan lepaskan peluang ini.
Apa sebenarnya My City • My Farm 2016?
My City • My Farm 2016
My City • My Farm 2016’ diadakan bermatlamat unutuk memastikan generasi muda memahami kesan yang akan terjadi sekiranya kurang kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.
Begitu juga dengan peranan mereka dalam memastikan kelestarian bumi bagi generasi masa hadapan.
Semuanya bermula dari tabiat bercucuk tanam.
Dengan tema ‘Inspiring the Community to Plant for A Healthier Living’ moga ianya dapat menarik lebih ramai orang untuk sertainya.
Walaupun ianya boleh mengotorkan, tetapi dengan bercucuk tanam akan mula menanam inisiatif dalam diri untuk membawa kesan besar kepada alam sekitar.
‘My City • My Farm 2016’ akan berlangsung dari 3 – 12 Jun 2016, di ruang legar Tropicana City Mall, Petaling Jaya dari pukul 11 pagi – 10 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘My City • My Farm 2016’, anda boleh layari :-
- OFFICIAL FACEBOOK PAGE : My City My Farm
- OFFICIAL HASHTAG : #mycitymyfarm2016
Saya membesar dekat kawasan Sawah padi…. Tapi saya tengok buah padi ni cantik semacam jer… ;)
Tak pernah membesar dekat kawasan sawah padi, Tapi selalu tengok sawah padi, tiap kali nak ke Sg Besar.
Dahulu pernah duduk 5 tahun di sungai Besar. Berpeluang melihat sawah padi setiap kali pergi ke sekolah dan balik sekolah.
Memang asal sana ke?
teringat kampung halaman bila tengok pokok padi ni. saya suka makan beras mentah tu..pergi kat sawah, pastu petik, n kupas untuk makan beras kat dalam tu. hehehehe
He…23x Sama la kita, masa dekat sini, Bro try juga he…23x
Thanks gan artikel nya keren jadi inget waktu masih kecil main di sawah hehe…
Sama-sama, sudah dewasa juga bileh main di sawah…
Bagus.. bagus.. anak bandar sekarang beras pun ada yang tak kenal. Hhoho
Selamat beras gua kenal, sebab beras jasmine memang pilihan kami sekeluarga. Gua mesti beli beras jasmine
Comel baby fyna tu.. mohon gigit sikit
Heppp… Nak gigit tang mana?
ramai budak sekarang..
sawah padi pun tak tahu rupa camana.
Gua pelik, sawah ini xde orang-orang
untunglah boleh lihat padi dari dekat
Membesar di KL, tak pernah tengok pokok padi real punya…tau beli beras je kat p/raya..hehe
Assalamulaikum… wahhh comelnya baby fyna…
wahhh padi, selalu nak tengok, kena balik kampung islam. hehehe