May 19, 2024

Jelaskan Bil Perkhidmatan Indah Water Tanggungjawab Bersama

Bagaimana dengan membayar bil Indah Water mampu membuatkan persekitaran kita menjadi lebih baik?
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana dengan membayar bil Indah Water mampu membuatkan persekitaran kita menjadi lebih baik?

Dengan pertambahan bilangan penduduk di Malaysia, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.

Maka disinilah Indah Water akan memainkan peranan mereka.

Misi mereka ialah untuk menyediakan perkhidmatan pembentungan yang efisien kepada semua pelanggan.

Indah Water Konsortium (IWK)

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, merupakan syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan, yang mana merupakan sebuah syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Sistem Pembetungan Bersambung ke Loji Olahan Kumbahan

Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk:

  • Memelihara sumber air.
  • Melindungi kesihatan awam.
  • Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Oleh itu, kita perlu menjalankan tanggungjawab dengan membayar bil kepada perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Indah Water bagi memastikan persekitaran kita terjaga.

Kos yang dikenakan juga tidak membebankan. Anda boleh rujuk info dibawah untuk jumlah kos yang dikenakan :-

  • Premis domestik (seperti rumah kediaman) dikenakan sama ada RM8 sebulan (27 sen sehari) untuk sistem pembetungan yang disambung kepada loji rawatan kumbahan awam atau RM6 sebulan (20 sen sehari) bagi mereka yang menggunakan tangki septik individu.
  • Premis kerajaan pula dikenakan caj bulanan berlandaskan jumlah caj tetap dan caj tambahan berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.
  • Caj asas ditetapkan pada RM40 sebulan untuk perkhidmatan bersambung dan RM25 sebulan untuk perkhidmatan tangki septik individu yang menerima perkhidmatan pengosongan oleh IWK.
  • Caj bulanan untuk premis komersil terdiri daripada jumlah caj asas, berdasarkan nilai tahunan hartanah serta caj tambahan. Ia berdasarkan purata penggunaan air melebihi 100 meter padu.

Cara Jelaskan Bil Indah Water

Terdapat beberapa cara disediakan untuk memudahkan anda menjelaskan bil perkhidmatan Indah Water, antaranya :-

Perbankan Internet

atau anda boleh juga menggunakan medium lain seperti :

Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

Mesin Juruwang Automatik (ATM) – Public Bank & Finance, AmBank, RHB Bank.

Pejabat-Pejabat & Ibu Pejabat IWK

Lokasi di Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur bagi pembayaran secara Tunai, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Tel. 03-27801100.

Perbankan Telefon

  • Maybank & Mayban Finance (Kawanku Tel: 1-300-88-6688)
  • Public Bank & Finance (Tel: 03-2163 9000)
  • MBf “Call n’ Pay” (Tel: 03-2167 7600)

Pembayaran melalui akaun

  • Maybank (Ampang Park) : No. akaun – 514057242404
  • AmBank (Pusat Bandar Damansara) : No. akaun – 2292022000083

Kaunter Pembayaran (Tunai Sahaja)

  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • AmBank

Kaunter Pembayaran (Cek & Tunai)

  • Public Bank & Finance
  • Maybank & Mayban Finance
  • Bank Islam
  • EON Bank
  • Pejabat Unit Indah Water

Untuk maklumat dan keterangan lanjut, anda boleh layari:

Website: www.iwk.com.my
Facebook: fb.com/IndahWaterKonsortium
Twitter: @iwkcomms

Bicara Bro : Walaupun bil Indah Water bukan Bro yang jelaskan (sebab menyewa). Tetapi Bro selalu ingatkan tuan rumah untuk selesaikan bil Indah Water rumah yang Bro diami sekarang ini.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Jelaskan Bil Perkhidmatan Indah Water Tanggungjawab Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *