June 27, 2025

Logitech – Bluetooth Multi-Device Keyboard k480 Pada Harga RM179

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard k480
Tidak banyak keyboard untuk pc/mac atau tablet/smartphone yang boleh dihubung dengan beberapa peranti berbeza menggunakan bluetooth.

Kadangkala anda terpaksa beli beberapa keyboard yang direka khas untuk tablet anda, untuk pc/mac anda mahupun untuk smartphone anda.

Ini merupakan satu pembaziran.

Kenapa perlu anda spend duit untuk beli beberapa keyboard, jika anda kini boleh miliki satu keyboard yang boleh digunakan untuk kesemua peranti anda yang berbeza ini.

Artikle ini akan menceritakan serba sedikit mengenai – Logitech K480 : Papan Kekunci Bluetooth Untuk Pelbagai Peranti.

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard k480

Bro telah gunakan Logitech Keyboard K480 ini dan sync kepada laptop menggunakan bluetooth.

Tak sukar pun untuk menggunakannya.

Lagipun ianya direka khas untuk kegunaan laptop/pc/mac walaupun berbeza sistem perisiannya (OS – Windows/Mac).

Begitu juga dengan tablet atau smartphone yang menggunakan sistem perisian Android atau iOS.

Keypadnya direka khas untuk penguna Windows dan juga Mac.

Jangan risau, sekiranya anda merekakan anda akan kekok menggunakannya. Kerasanya fungsi dan icon pada button keypadnya lebih kurang sama untuk kedua-dua OS ini.

Maka anda tidak perlu memperbagaikan keyboard untuk peranti anda yang pelbagai.

Kan dah jimat disitu.

Menurut laman www.logitech.com/k480, Logitech K480 ini dijual pada harga RM179 ** Harga sah pada tarikh 12/12/2015.

Cara Menggunakan Keyboard Logitech K480

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard k480
Disini, Bro ingin kongsikan cara untuk menggunakan keyboard Logitech K480 melalui beberapa langkah mudah (boleh rujuk pada gambar) :-

  1. Hidupkan keyboard Logitech k480 melalui button on/off dibelakangnya.
  2. Putar button disebelah atas kiri mengikut pilihan tetapan peranti bluetooth anda (Maximum 3 tetapan peranti)
  3. Tekan button PC (untuk pengguna Windows/Android/Chrome OS) atau button i (untuk pengguna iOS / Mac OS) yang terletak pada sebelah atas kanan selama 3 saat.
  4. Kemudian sync dengan peranti anda melalui aplikasi bluetooth.
  5. Selesai sudah.

Mudah bukan.

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard k480

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard k480

Bro telah membuat tiga tetapan pada keyboard ini, Dimana ianya boleh digunakan bersama 3 peranti yang lain – laptop, iPad dan smartphone.

Bro yang perlu putar button diantara 3 pilihan untuk menggunakan mana-mana satu peranti yang telah bro hubungkan melalui bluetooth.

Senang kerja lepas nie.

Yang menariknya tentang keyboard ini, bila terdapat alur khas pada bahagian atas yang boleh anda gunakan untuk meletakkan smartphone ataupun tablet.

Logitech Bluetooth Multi-Device Keyboard k480
Di belakangnya, terdapat button on/off dan juga ruangan bateri.

Keyboard Logitech K480 dikuasakan dengan hanya menggunakan 2 biji bateri AAA. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.logitech.com/k480

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Logitech – Bluetooth Multi-Device Keyboard k480 Pada Harga RM179

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *