Kadangkala kita sebagai pengguna jalan raya selalu terlupa tentang “pandu cermat jiwa selamat”.
Masing-masing selalu ikut amarah sendiri dan terikut-ikut sehingga terlupa tentang orang tersayang yang berada disisi kita sewaktu memandu.
Oleh itu,
Maxis dan Waze telah berkerjasama menaik taraf aplikasi Waze yang dinamakan Safe Mode Kids.
Untuk menjayakannya, Mereka telah menjemput beberapa orang kanak-kanak untuk dirakamkan suaranya untuk dijadikan suara latar belakang untuk penggunaan aplikasi Waze.
Selepas ini, diharapkan anda lebih berhati-hati ketika memandu sambil menggunakan waze.
Setiap suara dari aplikasi Waze ini mampu membuat anda teringat pada yang tersayang ketika memandu. Diharapkan anda tidak memandu secara membabi buta dan hormati pengguna jalan raya yang lain.
Iklan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Bro Framestone < - Roger jika ingin mengiklan di blog ini.
Comelnya. Menarik Perhatian ! hehe :D
Harap dengan mengunakan suara anak comel menjadi pemanduan lebih berhati-hati. Harap tidak ada potong Q mengunakan laluan kecemasan di lebuh raya
Berlagak baik memandu kelajuan yang dibenarkan apabila menghampiri perangkap AES dan menekan minyak selepas melaluinya.
Bagus idea ni, membantu kita alert ketika memandu, takda lah setiap 2 saat tengok hp kat paha semasa memandu. hehe
He….23x kantoi, nampak sangat letak hp dekat paha…. (sama la kita)
ramai yang kurang alert bab ni. mujur ada badan yang alert :)