January 26, 2025

Pameran Solo Nik Mohd Shazmie di Lot 123, Nando’s Chinatown

Nik Mohd Shazmie First Solo Art Exhibition
Ruang Kreatif Nando’s yang merupakan galeri seni, kini dipenuhi oleh karya sentuhan pemenang kategori Fine Art, Nando’s Art Initiative 2014, Nik Mohd Shazmie bin Nik Shairozi yang merupakan pameran seni pertama beliau.

Atas dasar sokongan Nando’s Malaysia kepada pemenang Nando’s Art Initiative, Beliau dapat mempamerkan koleksi karya berjudul ‘Home Sweet Home’ di Lot 123, Nando’s Chinatown.

Solo Exhibition Nik Mohd Shazmie Nando's Art Iniative

Pameran ini secara keseluruhan memberi gambaran lebih jelas personaliti dan siapa diri beliau.

Segala benda yang ada disekeliling beliau, mampu memberi perasaan berada di rumah – patung robot, rambut palsu, makanan dan keluarga – menjadi sumber inspirasi beliau untuk mengadakan pameran ini.

Solo Exhibition Nik Mohd Shazmie Nando's Art Iniative

Solo Exhibition Nik Mohd Shazmie Nando's Art Iniative

Solo Exhibition Nik Mohd Shazmie Nando's Art Iniative

Solo Exhibition Nik Mohd Shazmie Nando's Art Iniative

Bagi membantu Shazmie mengembangkan ufuk seninya dan meningkatkan pendedahan kepada dunia seni yang lebih luas, pihak Nando’s telah menjemput beliau dan adiknya, Nik Shahfiz menyertai lawatan 5 hari ke active art initiative di Afrika Selatan.

Di sana mereka telah diperkenalkan kepada gaya seni eksotik intrinsik Afrika Selatan – beberapa pengaruh dapat dilihat dalam karya yang dipamerkan sekarang.

Solo Exhibition Nik Mohd Shazmie Nando's Art Iniative

Pameran ‘Home Sweet Home’ dari Nik Mohd Shazmie ini dibuka kepada umum untuk ditonton dan dibeli dari 28 Julai – 10 Ogos 2015 di Lot 123, Nando’s Chinatown, Jalan Sultan yang dibuka setiap hari dari pukul 12 tengahari hingga 8 malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Nando’s Art Initiative, Anda boleh layari www.nandos.com.my/artinitiative.

*******************************************
Klik untuk Versi English

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Pameran Solo Nik Mohd Shazmie di Lot 123, Nando’s Chinatown

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *