Ini merupakan pertama kali Bro terlibat dengan aktiviti sukarelawan yang melibatkan golongan geladangan di Kuala Lumpur.
Selalu terbaca di blog Iena Eliena tentang aktiviti beliau setiap minggu, memberi makanan kepada golongan ini. Lalu membuka pintu hati Bro untuk mendekati dan melakukan sesuatu untuk mereka.
Walaupun agak kekok pada mulanya.
Dapat juga Bro biasakan diri. Walaupun kebanyakan sukarelawan yang menyertainya tidak Bro kenali, tetapi komunikasi antara kami lancar dan memudahkan segala urusan yang kami lakukan.
Menu kali ini, kari ayam disajikan kepada mereka. Sungguh menyelerakan. Tapi, Bro tak merasainya. Cukup sekadar mengambil bau.
Memang berpeluh badan dibuatnya.
Aktiviti bermula seawal pukul 10 malam dan berakhir pada tengah malam. Malangnya, Bro kena pulang awal, kena nak kejar train (risau train xde).
Yang pasti, tiada apa-apa syarat untuk jadi sukarelawan. Hanya perlu datang sahaja, dengar briefing sedikit sebelum melakukan kerja.
Mudah bukan.
Tapi kena ingat, kita bantu mereka bukan sebab nak kan balasan. Biarlah kerana Allah SWT.
Malam itu, Bro rasa hati sangat tenang. Tenang sangat, rasa penat itu hilang bila lihat ada yang tersenyum dan ada yang mengucapkan terima kasih.
Bicara Bro : Bro tak pasti ada yang title, Datuk Datin dalam golongan sukarelawan ini. Bukan boleh bawa mati title-title ini. Yang Bro nampak, masing-masing seronok melakukan kerja sukarelawan ini.
Bro pandang langit. Ini rupanya langit waktu malam di Kuala Lumpur.
saya masa bujang dulu teringin nak join aktiviti sukarelawan macam ni.. macam2 plan. nak jadi sukarelawan zoo negara la tapi sampai sekarang masih belum berkesempatan. Nak2 sekarang dah ada anak.. Insya Allah mungkin suatu hari nanti
Klu nk join jom la.. iena slalu dtg ari khamis..tp klu nk dtg jumaat pn ok..iena blh je dtg bWk kwn2 kenalkn dgn kwn2 charity :)
Masa zaman u dulu, selalu juga anjurkan program sukarelawan dekat zoo negara, tapi jadual padat menyebabkan Bro tidak dapat menyertainya,
Tapi seronok bila dapat anjurkan dan ramai orang terlibat sama.
Tahniah bro. Kerja sukarelawan nih kerja yang penuh dengan keikhlasan. Tak berpeluang lagi turun padang macam bro. Insya-Allah, suau hari nanti. Moga Allah redha.
InsyaAllah mase tu akn smp
nk join blh la g ngn iena.. iena pnh bawa member ngan anak2.. dia nk dedahkn kn anak2 kehidupan gelandangan.. so ank2 blh bljr bersyukur..bljr menghargai ape yg kita ade n blhr bersungguh2 utk bjaya.. homeless ni bnyk kisah dorang
dorang xminta jd cmtu
ade yg dtg kl sematA3 nk kerja tp kene tipu… dpt kje tp gaji ciput..tak mamou sewa bilik.. bulan2 hantar duit ke kg.. familly x tau kisah dorang.. mcm2 kisah ade..itu yg pernah iena interview..tp nk interview homeless kne muka2 yg selalu dorang tgk bru dorang berani luahkn masalah :)
Bro pun tak sengaja turun…. Ini semua terpengaruh dengan Iena Eliena
Goodjob! Suka juga nak join program seperti ini. Penat tu secara automatiknya hilang bila tengok senyuman yang terpancar dekat muka mere masing-masing. Thumbs up Bro!
Shahril jom
ajak bro pergi lg hihi
Yup, malam tue memang tak rasa penat.Tak tahu kenapa….
Thanks bro sudi Dtg
ada masa dtg la lg.. program setiap hari khamis dan jumaat 10 mlm smp 12 mlm
hehe memang ade datin pun bro tp dorang very low profile.. tak suke panggil datin2.. panggil kakak je..
tu iena suke ngan dorang..
part homeless tersenyum n ucap thanks tu paling iena suke
rase semua penat kerja hilang sb dpt buat org hepi..
Terima kasih iena sebab sudi ajak…
Memang dah agak dah ada datin dekat situ. Eh Iena bukan datin ke?
Insya Allah datin to be..lallalalalala
berangan jer hahaha
Bagus ni..kat Ipoh pun dah ada group yang buat..:D
Tahniah bro … makin respek rakan blogger terhadap kelakuan mu ini … hebat hebat .. bkn semua ada daya buat macam ni.
Assalam,
Maaf bertanya,
kalau boleh Tuan dapat share dengan saya maklumat Pertubuhan atau NGO yang Tuan sertai itu. Saya bercadang untuk membawa pelajar-pelajar saya ke kawasan gelandangan atau Tuan boleh terus email saya di puisibungamerah@gmail.com
Terima Kasih.