June 27, 2025

AirAsia Runway Ready Designer Search 2015

AirAsia Runway Designer Search 2015 - KL Fashion Week Ready To Wear 2015
AirAsia telah mengumumkan pelancaran program pencarian pereka fesyen muda; AirAsia Runway Ready Designer Search sebagai komitmen berterusan syarikat penerbangan tersebut dalam mengangkat bakat muda.

Untuk itu, AirAsia menjadi syarikat penerbangan pilihan bagi acara minggu fesyen KLFW RTW 2015 yang akan datang.

Inisiatif AirAsia bersama penganjur Minggu Fesyen KL, bertujuan untuk membantu menyediakan flatform untuk menrealisasikan bakat pereka muda dari dalam dan luar negara.

AirAsia Runway Designer Search 2015 - KL Fashion Week Ready To Wear 2015

KL Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW) 2015

10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan 3 pereka terbaik akan diumumkan di akhir pencarian ii dan memegang gelaran AirAsia Most Promising Designer 2015..

Mereka juga akan membawa pulang tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong dengan 60,000 AirAsia BIG Point setiap satu.

Tidak lupa, peluang untuk menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.

Pereka fesyen dari rantau ini turut akan diterbangkan oleh AirAsia bagi menjadi sebahagian dar KLFW RTW 2015. dan ini akan memberi peluang kepada 10 pereka ini berjumpa dan belajar dari mereka.

Panel Hakim AirAsia Runway Ready Designer Search 2015

Barisan penal hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 terdiri dari pemain industri fesyen yang berpengaruh.

Mereka adalah Khoon Hooi dan Jovian Mandagie, pereka fesyen terkenal Malaysia, serta Khairul Abidin Ishak, Editor Majalah EH!.

AirAsia Runway Designer Search 2015 - KL Fashion Week Ready To Wear 2015

Pencarian pereka fesyen ini terbuka bagi mana-mana pereka fesyen muda sama ada mempunyai latihan fesyen formal atau tidak (asalkan tidak melebihi 28 tahun pada tahun 2015).

Pereka fesyen yang berminat boleh melengkapkan borang pendaftaran yang boleh dimuat turun di laman klfashionweek.com/airasiarunwayready dan hantarkan lakaran anda.

Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum pukul 5 petang (GMT +8) pada 12 Jun 2015.

Top 25 akan disenarai pendek dan akan dihubungi bagi mempersembahkan rekaan mereka kepada barisan hakim, 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertema ASEAN mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015.

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman social AirAsia di

Facebook : fb.com/AirAisa
Twitter : twitter.com/AirAsia
Youtube ; Youtube.com/AirAsia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *