December 3, 2024

Teater Raja Ku Puteh Karya Raja Azrey Pembukaan Semarak Bangsawan 2015

Pementasan Teater Raja Ku Puteh
Teater Raja Ku Puteh merupakan naskah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman menerusi produksinya Geliga Merah Opera (GMO) telah dipentaskan di Auditorium DBKL, baru-baru ini.

Yang menariknya, ianya diberi penghargaan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara sebagai pembukaan Semarak Bangsawan 2015 yang telah memasuki tahun ke-8 penganjurannya.

Teater ini menampilkan beberapa muka yang agak dikenali seperti Lokman Harmin (Raja Ku Puteh), Puteri Laila (Puteri Kurnia), Wan Wala (Raja Ku Puteh 2), Bocil Saywho (Raja Tunggal Al Salam) dan Vicha Saywho (Permaisuri Intan), Shazli Ekzos (Pawang Rendra), Wan Raja (Pendeta Kilat), Ali (Guruh), Weera (Dato Samar) dan Bakar Din (Raja Senyum).

Barisan Pelakon Teater Raja Ku Puteh

Sinopsis Teater Raja Ku Puteh

Raja Ku Puteh mengisahkan Raja Engku Puteh yang menjadi pemerintah di negara Cempura Emas selepas kemangkatan ayahandanya iaitu Raja Tunggal Al Salam kerana sakit tua serta bondanya Permaisuri Intan mangkat ketika melahirkannya dahulu.

Engku Puteh sangat disukai rakyat kerana sikapnya yang ceria dan peramah. Walaupun dirinya berkulit hitam, namun ianya tidak langsung mengganggu emosinya setiap kali berhadapan dengan rakyat dan juga pembesar-pembesarnya.

Raja Engku Puteh sudah bersedia untuk mempunyai permaisuri, lalu Raja Senyum yang juga sahabat Raja Tunggal bersedia menyatukan Puteri kesayangannya iaitu Puteri Kurnia dengan Engku Puteh.

Malangnya sewaktu mereka dipertemukan, Raja Engku Puteh pengsan dek kerana Sawan Perempuan yang beliau hidapi sejak dari lahir.

Maka bermulalah pengembaraan Raja Engku Puteh mencari penawar kepada penyakit sawan perempuan dan sumpahan hitam yang dikenakan keatasnya.

Teater ini turut diselitkan dengan beberapa persembahan dari Saleem Iklim dan Aine Yusuf serta penari The Unplugged Malaysia Dancer.

Tidak lupa juga tukang karut yang mengarut – Mie Shake.

Blogger bersama Pengarah Teater Raja Ku Puteh, Raja Azrey
Blogger bersama Pengarah Teater Raja Ku Puteh, Raja Azrey.

Kredit gambar buat Syafiera.

Semarak Bangsawan 2015

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memperkenalkan program Siri Semarak Bangsawan semenjak lapan tahun yang lalu.

Bagi tahun ini,

Semarak Bangsawan 2015 telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Mesran Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama YBhg Datuk Haji Mhd Nordin Abd Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Semarak Bangsawan Jabatan kebudayaan Kesenian Negara

Selepas ini, pementasan teater Semarak Bangsawan 2015 akan diteruskan dengan :-

  • Awang Kudis Buta 8-10 Mei 2015
  • Kota Lukut 12-14 Jun 2015
  • Nila Kesuma 14-16 Ogos 2015
  • Sumpahan Nujum Perawan 13-15 November 2015
  • Dewa Satria Lestari .11-13 Disember 2015

Tiket-tiket yang berharga RM10 dan RM50 boleh didapati dengan menghubungi Urusetia Semarak Bangsawan di JKKN atau Jabatan Kebudayaan dan Sukan DBKL.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan tiket dan informasi tentang teater yang dipentaskan sepanjang Siri Semarak Bangsawan ini, anda boleh layari rujuk maklumat dibawah.

JABATAN KEBUDAYAN DAN KESENIAN NEGARA
Laman Web : http://www.jkkn.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/mysenibudaya
Tel : 03-2614 8200 / 8262 / 8378 / 8210 / 8293 / 8206 / 8317

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *