Spotlight sekali lagi membuka cawangan mereka yang ke-3 di Malaysia selepas cawangan pertama dan kedua mereka di Ampang dan IPC mendapat sambutan yang mengalakkan.
Cawangan terbaru mereka yang terletak di The Mines Shopping Centre, Seri Kembangan merupakan cawangan terbesar di Malaysia.
Spotlight merupakan superstore terbesar dengan kain, kraf, barang parti dan deko rumah terbesar di Australia, New Zealand dan juga Asia.
Bagi cawangan ke-3 ini,
Ianya akan dibuka secara rasmi pada 11 April 2015 ini dengan keluasan 31 ribu kaki persegi menjadikan ianya cawangan terbesar mereka di Malaysia.
Pembukaan Besar-Besaran Spotlight The Mines
Jualan Pembukaan Besar-Besaran Spotlight The Mines Shopping Centre pada 11 April 2015 dari puukul 10 pagi hingga 10 malam. Ianya akan berakhir pada 21 April ini.
Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan benda yang anda idam-idamkan untuk diri dan rumah anda. Terutama yang berkualiti, berjenama pada harga yang tidak masuk akal.
Jika anda jumpa produk yang mereka jual ini pada harga yang lebih murah dari diluar sana (refer pada jenama), Spotlight menjanjikan anda boleh dapatkan ianya lebih murah dari harga yang anda temui diluar sana.
Nak dapat penjimatan yang berbaloi-baloi?
Jadilah ahli VIP Spotlight dan anda boleh nikmati diskaun hebat yang tidak boleh diterima dek akal. Hari ini, teman puan isteri, kami dapat nikmati diskaun lebih RM100 dengan adanya kad ahli VIP ini.
Kenapa?
Sebab ada beberapa barang dijual pada harga 30% dari harga sebenar. Nampak tak penjimatan sebanyak 70% dekat situ.
Nampak tak muka Puan Isteri ceria semacam je bila lepas shopping?
Banyak benda yang dia nak, ada dijual disini. Rambang mata dibuatnya, itu kata dia. Tak pe, bagi can dia shopping puas-puas.
Jika anda ingin mencari barangan berkualiti, berjenama dan murah. Anda boleh dapatkan ianya di :-
Spotlight
L4-16, The Mines Shopping Mall.
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Selangor
Laman Web : www.spotlight.com.my
Perghhh…. terus dapat VIP CARD yea…. sonok la kalau dapat borong banyak barang kat sini….
Kalau jumpa barang yang berbaloi-baloi. Elok sangat diborong :)