February 10, 2025

Shopping Online di Lamido Malaysia

Shopping Online di Lamido Malaysia
Sempena tahun baru ini, atas kerjasama dan komitment yang diberikan oleh Zaza Zehra selaku writer di salah satu blog Bro.

Maka Bro belanja dia shopping di Lamido Malaysia.

Lagipun kebanyakan barang yang dijual disana amat beiau minati.

Just mintak je dia pilih mana yang dia berkenan (tapi kena pastikan under bajet yang diperuntukan). Tak sampai sejam dia dah bagi list mana yang dia berkenan.

Maka Bro buat order dan pembayaran untuk barangan yang dibeli di Lamido Malaysia

Shopping Online di Laman Lamido Malaysia

Shopping Online di Laman Lamido Malaysia

Lamido Malaysia adalah sebuah website untuk membeli belah secara online. Antara barangan yang terdapat di situ seperti pakaian, minyak wangi, barangan rumah, mobile dan komputer dan lain-lain lagi.

Lamido ni macam Lazada juga dan jangan risau untuk membeli di Lamido sebab pembayaran juga selamat dan dibuat terus ke akaun Lamido sendiri.

Sekiranya barang yang diterima pula rosak, item akan ditukar dan pihak penjual sendiri akan menanggung kos penghantaran.

Anda boleh layari laman Lamido Malaysia di www.lamido.com.my

Barang Yang Dibeli dari Lamido Malaysia

Membeli Belah secara Online di Lamido Malaysia

Dari segi penghantaran, ianya diuruskan sendiri oleh peniaga.

Peniaga hanya akan terima pembayaran selepas 3 hari anda menerima item yang anda beli. Ianya termaktub dalam Buyer Protection Programme (BPP) oleh Pihak Lamido Malaysia.

Jika barangan yang anda terima dalam keadaan rosak atau tidak berfungsi.

Anda boleh buat report pada Pihak Lamido Malaysia. Item tersebut akan ditukar dan kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penjual.

Sekiranya item yang anda beli tidak sama seperti yang dinyatakan sewaktu membeli. Anda juga boleh buat report pada Pihak Lamido Malaysia (contoh : produk yang berbeza, jenama lain, model berbeza etc)

Membeli Belah secara Online di Lamido Malaysia

Hadiah dari Zaza Zehra untuk Bro,

Cantiknya cadar ini, baru rasa macam best je nak tidur nanti (ada bintang-bintang). Terima kasih Zaza Zehra.

Eh nak cadar ini ke? Boleh je. Zaza punya pasal tiada masalah, siap Bro bago FREE gift peta hata karun lagi (kalau nak la kan). Pandai Zaza buat pilihan di Lamido Malaysia.

Apa pula yang Zaza Zehra beli ek?

Membeli Belah secara Online di Lamido Malaysia

Membeli Belah secara Online di Lamido Malaysia

Selamat bershopping secara Online di www.lamido.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Shopping Online di Lamido Malaysia

  1. rupanya zaza penulis kat blog bro… tak pernah tahu ingat semua artikel bro tulis sendiri. apsal dia guna servis skynet. fobia tau berurusan dengan skynet. 2 minggu dengan alasan macam2 nak hantar barang

    1. Ops, Zaza penulis dekat blog selain blog ini he…23x penggunaan servis penghantaran bergantung pada penjual, Bro tiada masalah dengan skynet, cuma bermasalah dengan Pos Laju je.

  2. Belum pernah bershopping online di Lamido. Pengalaman sebelum ini di Lelong, Lazada dan kedai fizikal pula di MR.DIY. Nanti boleh cuba skodeng laman Lamido tengok harga dia cun tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *