Sekali lagi, cuti perayaan Tahun Baru Cina 2015 digunakan sebaik mungkin oleh ahli keluarga Bro untuk berkumpul bersama.
Perancangan last minit, akhirnya ada yang berniat nak open table di Garden Seafood Tanjung Malim.
Murah rezeki.
Kalau ikutkan, sejak tahun 2010 Bro selalu juga datang lunch atau dinner di Garden Seafood, Tanjung Malim dengan big bos. Cuma sejak Bro duduk dan kerja di Kuala Lumpur, memang jarang Bro singgah ke sini.
Apa yang menarik disini?
Semestinya ruang yang luas dan selesa bagi anda sekeluarga menikmati suasana makan bersama keluarga atau rakan-rakan secara besar-besaran.
Terdapat bilik khas untuk ditempah sekiranya ada sesiapa yang ingin mengadakan majlis makan-makan.
Macam keluarga Bro. Cukup la meja bulat yang muat 10 orang. Belum ada lagi penambahan dalam masa terdekat ini. Apa-apa pun tunggu mak ayah pulang dari tanah suci bagi menunaikan Haji.
Hidangan di Garden Seafood Tanjung Malim
Antara hidangan yang kami nikmati disini
Fried Egg with Prawns – RM10 (Medium)
Fried Hong Kong Kailan with Garlic – RM22 (Large)
Fried Sotong with Dry Chili – RM24 (Medium)
Sizzling Siakap – RM56 (Medium)
Sweet & Sour Siakap – RM56 (Medium)
Jika ada yang terlajak sampai ke Tanjung Malim, dan terasa nak makan besar @ open table. Anda boleh datang ke sini, info tentang tempat ini Bro kongsikan dibawah ini.
Garden Seafood Cuisine Sdn Bhd
Alamat : 7,8 & 9A Jalan Wangsa Utama,Taman Wangsa, 35900 Tanjung Malim, Perak
No Telefon :05-458 3398
Waktu Peniagaan : 11:00 am – 11:00 pm
Bertuah badan ada orang berhajat. :)
Next time turn orang lain pula he…23x
Tomyam tu mcm best je Bro.. selera pulak tengok pagi2 ni. Sesekali makan berat buat breakfast pun sedap tu.. fuhh.. :)
Tapi Tom Yam ini tak sebest kali pertama Bro makan dekat sini bersama keluarga dulu.
sedap ke tak? nampak cam not bad je ek
Sedap la juga, kita pandai pilih menu ikut selera tekak sendiri.
macam lapar plak tengok sotong goreng tu pagi-pagi macam nih..
Kalau rasanya sedap aku tak kisah nak bayar harga seperti yang tertera….tapi mungkin sebab ni level restoran kan….
siakap tak tahan lihatnya tapi harganya wih 56 RM
tom yum dia tu buat gua rasa lapar la pulak bro