December 13, 2024

AmMetLife – Ibu Bapa Bersusah Payah Untuk Kebahagiaan Anak Mereka

#ChillaxWithNestle!
Jika anda seorang ibu atau bapa, mesti anda sanggup bersusah payah melakukan sesuatu untuk membahagiakan anak anda.

Betul tak?

Bro sendiri akui, saat permata hati lahir didunia. Banyak benda bermain diminda dan pemikiran Bro.

Anak adalah amanah, ianya juga menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk membesar, mendidik dan melindungi mereka.

Haiwan Jinak Bergambar di Farm in The City, Seri Kembangan - Kelab Blogger Ben Ashaari

Kadangkala kehidupan kita yang tertekan, kerja yang melambak, termasuk permasalahan lain membebankan hidup kita. Bila ternampak anak

kita tersenyum, rasa bebanan itu hilang seketika.

Dan kita sendiri juga akan tersenyum sama.

Tak tahu lah apa yang difikirkan oleh sesetengah ibubapa yang melepaskan geram dan tekanan kepada anak mereka. Tidak sayangkah mereka kepada si anak itu.

Bro tertonton satu video di Youtube tentang “Kisah Ayah saya”: Impian untuk anak saya.

Video ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan.

Tanpa kasih sayang seorang ibu, dia banyak habiskan masa dengan ayahnya yang merupakan segala-galanya dalam hidupnya.

Ayahnya memberi segala kasih sayang dan perhatian penuh terhadapnya untuk memastikan dia gembira sentiasa disisinya.

Disebalik kebahagiaan yang diberikan dan ditunjukan kepada sia anak, ada benda yang cuba diselindungi oleh si ayah. Tetapi ianya dapat dihidu oleh si anak.

Si anak tahu yang selama ini ayahnya hanya berpura-pura didepannya.

Si anak tahu, si ayah pura-pura ada kerja

Si anak tahu, si ayah pura-pura ada duit.

Si anak tahu, si ayah letih tetapi kata tak.

Si anak tahu, si ayah lapar tetapi kata tak.

Kononnya mereka ada segala-galanya

Kononnya dia bahagia

Si anak tahu si ayah berpura-pura kerana dia, untuk membahagiakan dia, untuk memberi segala-galanya untuk dia.

Selepas menonton video ini, buat Bro terfikir seketika.

Apakah yang telah Bro buat untuk anak Bro. Tidak lama lagi, kami akan menerima seorang lagi cahaya mata.

Adakah Bro akan terus begini. Menipu si anak bahawa Bro ada segala-galanya untuk si dia membesar dan Berjaya dalam hidupnya.

Sedangkan Bro tiada semua itu….

#DreamForMyChild – Bro harap tahun 2015 ini membolehkan Bro berikan yang terbaik buat mereka dan keluarga.

Tugu Negara - 1600 Pandas Malaysia

Harap dapat kerja yang stabil setelah sekian lama menganggur. Dapat berikan perlindungan, makan minum dan pendidikan yang terbaik buat mereka.

Paling penting dapat mendidik mereka menjadi insan yang berguna buat keluarga, masyarakat, agama dan Negara.

Moga saat Bro lelapkan mata buat kali terakhir, masih terukir senyuman diwajah Bro melihat mereka semua Berjaya dalam hidup didunia mahupun diakhirat.

Nur Elfisha - 11 bulan

10 iPad untuk dimenangi dengan AmMetLife

Anda boleh memenangi sebuah iPad Air 2 yang bernilai RM1599 setiap minggu (dilengkapi dengan aplikasi pendidikan yang menarik) dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh AmMetLife.

Anda hanya perlu kongsikan impian anda untuk anak anda di laman web AmMetLife, dimana setiap minggu seorang pemenang akan dipilih. Senang kan?

Peraduan ini akan berlansung dari 27 Januari hingga 3 April 2015.

Info lanjut anda boleh layari http://www.dreamformychild.com/my/bahasa

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “AmMetLife – Ibu Bapa Bersusah Payah Untuk Kebahagiaan Anak Mereka

  1. Kita sebagai ibubapa seboleh-boleh tidak mahu kesusahan turut dirasai oleh anak. Mereka terlalu muda untuk mengerti dan apa yang penting mereka berjaya didalam pelajaran dan mempunyai budi pekerti yang baik.

  2. Aah memang anak2 adalah kepentingan kita. Itulah yang kita kena fikirkan bagaimana memberi mereka segala yang terbaik. Sebab itu sanggup buat apa sahaja utk mereka. Sekarang nie saya tengah bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak2 dan mak…Moga kita sama2 dapat membahagiakan anak2 kita yer.

    Anyway Bro if Bro cari side income saya tengah cari business partner nie..Jom sekali yok!

    1. Terima kasih untuk tawaran. Side income memang ada, cuma perlukan pekerjaan yang stabil dan berbaloi dengan kelayakan dan pengalaman.

      Bukan apa, bila ada senang nak apply itu ini.

  3. anak itula harta yang takle diconvert dengan mata wang ape pun didunia ni, berjuta pasangan berdoa setiap saat untuk dikurniakan zuriat then doa kite yang Allah pilih. Sememangnya bukan hal yang kecil. Kite strive fulfill our dream then berkadar langsung to prepare our kids fulfill their dream insyaAllah

  4. setuju dengan bro…bila kita pulang rumah dalam keadaan kepenatan..tengok telatah anak-anak boleh buat kita bertenaga balik…gua ni jenias tak boleh berjauhan dengan anak bro..hu3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *