March 25, 2025

Khir Khalid : Rakan Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang

Iftar Bersama Blogger 2014 - Khir Khalid
Hampir 2 tahun Bro jadi warga Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Tak ramai yang Bro kenali sepanjang duduk disini, kecuali jiran tertangga, yang berniaga di pasar malam dan juga makcik jual nasi lemak.

Rakan Blogger : Khir Khalid

Tak sangka, ada rakan blogger juga yang tinggal disini.

Itupun perasan sebab dia up entry berkaitan Bandar Tasik Puteri Berjerebu yang dikongsikan dalam group blogger.

Waktu itu, baru tahu yang dia ini tinggal berdekatan dengan rumah lama Bro (Bro dulu duduk taman lain, tetapi pindah sebab dapat rumah yang lagi selesa dan selamat).

Iftar Bersama Blogger 2014

Kali pertama bersua dan berbual sewaktu Iftar Bersama Blogger 2014. Rasanya mungkin pernah bertembung beberapa kali, cuma tak bertegur sahaja.

Dekat Bandar Tasik Puteri pun tak pula bertembung dengan dia.

Dengan isteri dia adalah. Itupun bertembung di depan bank (hanya ada satu bank sahaja di Bandar Tasik Puteri, Rawang)

Apa yang menariknya tentang blog Khir Khalid?

Bagi Bro, blog beliau penuh dengan fakta dan informasi yang agak sukar diperolehi dari blog atau portal yang ada di Malaysia. Kebanyakan ditulis berdasarkan pengalaman beliau sebagai penceramah dan juga aktiviti yang beliau sertai.

Bukan senang nak merasai peluang yang beliau rasai. Kenkadang terbit juga rasa irihati kepada beliau. Mungkin Bro perlu keluar dari kepompong selesa sekarang, untuk mendekati dunia masyarakat yang kita tidak ketahui.

Apa-apa pun memang menarik blog beliau. Sebarang aktiviti di sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang juga ada diterbitkan didalam blog beliau. Untung warga Bandar Tasik Puteri, Rawang.

**** iklan di Bro Framestone *****

Ingin iklan anda, dipamerkan di blog Bro Framestone seperti ini. Anda boleh PM Bro Framestone di FB.

Top 10 Pengomen Tegar Blog Broframestone – Nov 2014

Sekarang dah masuk bulan Disember 2014. Maka tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2015. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi meninggalkan komen dan memeriahkan lagi Blog Bro ini.

Tidak lupa juga kepada Khir Khalid yang merupakan salah seorang pengomen tegar di blog ini :-

  1. Blogger Lelaki
  2. Aku Biomed
  3. Denahati
  4. Khir Khalid
  5. Fyna
  6. Anuar
  7. Sally Yatiey
  8. Kereta Sewa Shah Alam
  9. Suria Amanda
  10. Dayang Deno

Harap dipenghujung tahun 2015 ini dipermudahkan rezeki dan hijrah dalam diri Bro ini :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Khir Khalid : Rakan Blogger Bandar Tasik Puteri, Rawang

  1. Tak sangka blog saya terpilih sebagai salah seorang pengomen tegar blog ini…. Hmmm Menarik hadiah yang disediakan… Tapi sesuai untuk gigirl jer… Kalau lelaki lain pula hadiahnya… hehehe

    1. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog bro ini :)

      Sebab bro memang fokus untuk tarikh ramai wanita follow instagram Bro. Sebab mereka lagi banyak habiskan masa dengan instagram berbanding dengan lelaki.

  2. Hehee.. segan rasanya bila blogger disegani mcm Bro buat entri ni. Alhamdulillah… syukurlah dpt kenal & tahu yg kita tinggal di kejiranan yg sama. Inilah antara keistimewaan berblogging… dpt menjalin silaturrahim. Klu tak, berselisih pun belum tentu kenal…
    T kasih Bro.. amat saya hargai… eh.. kejap aku, gua, saya.. apalah gua nie…
    Ada kelapangan kita ngeteh eh Bro.. :) :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *