Cabaran Raja Tarik F&N 2014 kini kembali dengan wang tunai berjumlah RM25,000 untuk dimenangi.
Ianya terbuka kepada seluruh warga Malaysia berumur 12 tahun ke atas.
(Maka korang jangan risau, warga asing yang selalu bancuh teh tarik dekat kedai mamak tidak layak sama sekali untuk menyertainya.)
Buktikan bahawa anda layak bergelar Raja Tarik F&N.
Bila lagi nak tunjuk skill anda menarik, tak kan nak tayang skill minum teh tarik je kan.
Masing-masing ada bakat yang terpendam. Inilah masanya untuk anda tonjolkan bakat anda (jangan tahu nak komplen cakap teh tarik orang lain buat tak sedap).
Kalau takut nak join sorang-sorang.
Boleh join secara berkumpulan dengan syarat tak melebihi 6 orang satu kumpulan.
Pusingan Pertama Cabaran Raja Tarik 2014 @ Mydin USJ
Baru-baru ini telah diadakan pusingan pertama Cabaran Raja Tarik 2014 di Mydin USJ pada 26 April 2014.
Pada majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengacara dan DJ Radio, Fara Fauzana dan juga pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2003/2006, Norazlin bin Janus.
Juara 2003/2006 tue…
Dalam masa yang sama, pencarian Raja Tarik akan diteruskan di beberapa lokasi seperti Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.
Jadual Pusingan Cabaran Raja Tarik F&N
Syarat Penyertaan Cabaran Raja Tarik F&N
- Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan keatas pada 1 Mei 2014.
- Pemenang-pemenang Cabaran Raja Tarik F&N pada musim atau tahun yang lalu juga dibenarkan menyertai pertandingan tahun ini.
- Cabaran Raja Tarik F&N 2014 merupakan pertandingan terbuka yang bermaksud penyertaan dibuka untuk kategori individu dan berkumpulan (maksima 6 orang) dan permarkahan adalah setara untuk semua kategori.
- Peserta berkumpulan yang mewakili syarikat atau restoran mestilah merupakan syarikat atau restoran yang berdaftar di Malaysia.
- Pasukan perlu memaklumkan pihak F&N Dairies Malaysia Sdn Bhd sekiranya terdapat ahli pasukan yang mengalami sebarang penyakit, kecacatan atau mempunyai jenayah.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 018-2057114 atau layari www.fndairies.com
Aksi Bakal Raja Tarik Yang Mungkin Perlu Anda Geruni
Tajuk tak boleh blah, tetapi terasa macam nak test bakat yang terpendam dalam diri dan menyahut cabaran Raja Tarik F&N 2014.
Dulu pada tahun 2005 pernah kerja sebagai Bartender. Walaupun teh tarik bukan Bro yang selalu buat, dari pengamatan dan percubaan 2-3 kali menarik. Rasanya tiada masalah kot.
Cuma beberapa teknik membancuh dan menarik perlu ditajamkan dan diperkemaskan.
Baru pencabar seperti dia, dia dan dia gerun sikit.
Antara “gadget” yang Bro gunakan sebagai Raja Tarik dari kalangan Blogger Malaysia (wakil je).
Semestinya kena ada Teh Tarik F&N dan juga Krimer Sejat F&N.
Tarik punya tarik punya tarik….
Sampai dapat Teh Tarik yang berbuih macam nie…
Puan Isteri siap puji tarikan suaminya mampu buat dia terangkat, “Sedap teh tarik nie bang”. Terutama tang buihnya he…23x Kau ado?
Dan akhir sekali, jangan lupa………..
Ambil gambar dengan teh tarik yang ditarik tadi…
Nak lagi menarik, jangan tayang aksi dekat blog/facebook atau instagram je. Moh sahut cabaran Raja Tarik F&N 2014.
Jangan lupa saksikan aksi-aksi menarik di rancangan Cabaran Raja Tarik.
Setiap Rabu dan Khamis, 21 Mei hingga 12 Jun, 7.55 malam di TV3. Siaran ulangan pula setiap Khamis dan Jumaat, 6.30 petang di TV9.
Aksi terunggul peringkat akhir pula pada Jumaat, 27 Jun, 6.30 petang – 7.00 malam di TV3 dan siaran ulangan pada Ahad, 29 Jun, 7.00 malam di TV9
Suka minum teh tarik dengan buih yang tinggi.
Akan cuba diusahakan untuk dapatkan buih yang tinggi tue
Dah mcm nak berkungfu dah tgk bro tarik hehehehe
Ada je pic lain.. Tapi macam xsesuai je di upload dekat blog, nanti ada pulak pihak yang tidak bertanggungjawab copy paste teknik bro untuk jadi juara he..23x
good luck!
Thank Deq Noor… Nak rasa ke?
Good luck bro…suka teh tarik yang potong kaki….hoho
Teh tarik potong kaki ek he…23x
Okay..yang ala2 kungfu tu je nampak power skit..yang lain takleh lawan gua. Hehehe
Lu cakap bikin bimbing lol…
Gua tengak gambar lu keras je… Tarik setempat je ke cik bang oiii..
walaweyh bro.. memang lain dari yang lain nih… gambar terbang2 saja tak mahu upload kan?? ha ha..
Hebatlah cara bro tarik. …. tarik tinggi lagi bro, kasi bajar sama itu peserta. . Hahaha. .
All the best bro!!!
semoga berjaya bro
Waaa…. boleh menang nie kalau masuk..
Tak juga Nannie.. Tengok pesaing yang lain macam xboleh dok diam je lepas bro publish entry nie
ok ok..ambe tarik diri tgk gaya kungfu bro ni…mmg power!
hampir berbuih mulut ambe tgk..fuh
Tue perli ke ape ek? nipu beno la sampai mulut berbuih tue
Pehhhh… Gempak siot… Gaya dah ada… Dah daftar ke belum?
Daftar? masih dalam fasa menajamkan skill yang ada
good luck lah yea bro.. hehehehe.. teh tarik kahwin satu!!!
Nak Teh tarik kahwin empat…!!
amboi bro…hehhe… cun gitu