Boleh dikatakan hampir semua blogger yang Bro kenali mengatakan blog mereka hanya blog personal tiada apa-apa yang istimewa.
Tapi betul ke blog mereka boleh kita anggap sebagai blog personal?
Ada sesiapa nak tolong jawapkan x soalan yang diajukan oleh blogger Eraz Fadli di entry ini.
Bro sendiri susah nak cakap.
Salah cakap, ada pula yang tersentap He…23x Lepas tue buat entry or facebook post hentam kenyataan Bro.
Apa-apa pun kita kembali pada yang asas yang korang sendiri boleh faham dengan term “blog personal aka blog peribadi (bahasa orang Melayunya)”
Ciri-Ciri Blog Personal :-
- Penulisan bukan copy paste
- Penulisan dari hati dan 5 deria semula jadi penulis blog.
- Lebih banyak menulis perihal diri dan pandangan atau persoalan peribadi sendiri berbanding perihal artis, gosip panas or keyword hangat.
- Blog simple dan tak serabut dengan iklan (iklan lagi banyak dari isi penulisan dalam blog)
- Entry lebih banyak bubuh muka sendiri/kawan-kawan/keluarga dari gambar artis (kecuali jika blogger itu selalu jumpa arttis dan bergambar degan artis) dan gambar yang mengaibkan.
- Berani perkenalkan diri penulis (bukan seseorang yang sembunyikan identiti)
- Cara penulisan lebih santai dan rasa seronok untuk dibaca.
Contoh blog personal yang Bro boleh jamin 100% apa yang bro tuliskan di atas ini : – Namee Roslan, Fatin Liyana & Zarul Umbrella.
Kalau ikutkan banyak je blog personal yang boleh Bro senaraikan.
Tapi cukuplah 3 je, Rerajin la korang melawat blog mereka.
Macam blog Bro ini, Bro sendiri pun tak boleh nak anggap sebagai blog personal. Terutama bila dapat press release dari kenalan yang kerja PR untuk promote di blog.
Jika berkaitan dengan hiburan, insya’lah bro akan masukan dalam Hye Bro!
Paling malang bila dapat Advertorial atau Sponsor Post yang berbajet kecil sehinggakan skop penulisan blog tiada gambar muka Bro bersama produk atau perkhidmatan mereka. Semuanya gambar dan penulisan disediakan oleh pengiklan.
Maka terjadinya entry berbau macam copy paste he…23x
Bro tak suka, tapi itulah kenyataan bila ada pihak yang nak mengiklan produk dan perkhidmatan mereka di blog tetapi mereka tidak kira kesan jangka panjang tetapi lebih tertumpu pada modal yang perlu mereka keluarkan.
Ada pihak pengiklan sanggup bayar Bro beribu untuk promote produk & perkhidmatan mereka. Siap jemput datang tempat mereka dan mencuba sendiri produk & service mereka.
Paling penting, mereka terima komen Bro tentang produk & perkhidmatan mereka walaupun ada yang negatif. Bukan semua sempurna, kadangkala tak perlu menipu pembaca sebab nak duit banyak dari blog.
Bicara Bro : Teringat peristiwa ada beberapa blogger tolak tawaran beribu sebab tak nak tulis entry pasal satu syarikat yang ada reputasi buruk terhadap pelangan mereka.
Jika anda berminat untuk mengiklan di blog BroFramestone.com , boleh roger Bro di broframestone(a)gmail.com
Dah agak bro naik entri ini. Haha salut habislah :D
He…23x macam mana hang boleh agak bro akan naikan entry ini?
Yeop mimpi bro naik entri ini. Haha
Hnag tidur basuh kaki x?
my new blog proses branding… sudi2 lah melawat. hehehee
Assalam.. pencerahan yg sgt bermanfaat buat blogger baru spt saya ni.. T kasih atas perkongsian tips & nasihat ini Bro.. :)
blog aku pasal sukan.. sukan laser tag. lalalalalala.. #eh
Blog saya separuh personal, selebihnya fotografi dan merapu.haha! sudi2lah singgah :D
heee.. yg pic bertiga tu kan.. pic yg tengah mcm iras2 bro la.. adekah sedara ?
blog saya blog asal boleh. hehehe
Blog sis rasanya personal blog tapi ada banyak cite sal makan dan travel jugak. Nak pisahkan rasa tak termampu pulak nak jaga..Eshhh pening sungguh nak buat macam mana
blog saye carcamarba kot..hahaha..
rindu nak keluar ramai2 tengok wayang macam ni…
Penerangan yang berguna terutama kepada mereka yang baru dalam dunia blogging..aku pun bukanlah lama mana pun..masih lagi bertatih..heheh..terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini..
Ehhh… apa yg bro tulis tu smua ada kat blog aku… mmg kompom la blog aku ni blog personal… hehhee…
Alhamdulillah, blog tiqa ada ciri-cRio personal blog. Tang review tu, related to personal opinion. Boleh dikira personal jugak la kan.. Heeee anyway, thumbs up for this entry bro! :)
seronok la bro selalu dapat sponsor kh ni bloger baru teringin nak rasa huhuhu
Blog personal ajer yg mampu dibuat skrg..;)
Berdasarkan ciri2 tu, blog saya termasuk dalam kategori ini yg x suka sembunyikan identiti.. :)
assalamualaikum.. ada la ciri2 di atas kena dengan kita.. tapi blog lama dah terupdate.. huhuhu
Blog saya blog elektrik yang dah nak transform jadi blog buat duit hehehe
hmm ciri tu ada tapi almaklum cuma tidak sempat meng-update ..
bila duduk ostel taktahu nak cerita pasal apa kekadang kene tunggu sabtu ahad baru update takpun cuti .. apa-apapun entry ni terbaik bro
Hmm menarik dan tepat sekali …. aku pun nak tulislah perkara yang sama .. huhuu… :)
Basuh daaa :p
Nape komen balas takde time nk balas komen bro? Aiyak
Buka je komen baru….
Sebab tak nak nampak keserabutan disitu… Dulu pernah buat… Komen pertama bertalu2 reply mengreply sehingga komen kedua ketiga orang x pandang n baca… rugi pada pengomen lain komen
Blog kite blog semua ade…
All in 1…..
Hehehehhe…
susah nak cakap..blog aku pun aku tak rasa ada ciri-ciri sangat blog personal. Sebab orang lain dah baca. Itu kira dah tak personal dah..
betul juga cakap en. titan…. amal baru nak bagitahu amal punya blog jenis blog personal…
singgah sini.. moga blog ni dimurahkan rezekiii.. aamiiin
Blog saya blog pengalaman di sekeliling + personal + ketenteraan + apa-apa jer ler…
Blog saya masih lagi dalam kategori blog personal rasanya sebab tak banyak kisah luar melainkan advertorial jer mungkin ada lari sikit…selebihnya “Setiap Gambar Ada Cerita”..
Terima kasih bro untuk senarai ciri-ciri blog personal. Baru nak berkecimpung ni… ;)
Blog aku blog campur-campur.
Terima kasih bro sebab jawabkan soalan aritu di entri khas ni.. :)
oh..blog sy ada ciri2 blog personal la kot…hee…
Blog saya kompom tak personal.. hihi