17,167,131 total views, 651 views today

Korang Tanya Bro Jawap – Part 7

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Segmen baru tetapi tiadalah baru sangat di blog bro. Tetapi sudah memasuki bahagian yang ke-7

Korang Tanya Bro Jawap.

Soalan Terbaik + Jawapan terbaik dari bro akan bro jadikan entry sama ada di blog bro ini atau di blog bro yang lain untuk dikongsikan bersama pembaca blog bro yang lain

Dalam entry tersebut bro akan kredit link kepada empunya penanya [pastikan korang sertakan dengan link blog ataupun link facebook – bagi yang tiada blog]

Kerjasama anda amat dihargai.

Insya’lah semua soalan akan bro jawab.

Soalan yang menarik dengan jawapan yang Bro rasa sesuai dikongsikan diblog ini akan Bro buat entry istimewa + kredit link kepada mereka yang menanya soalan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 thoughts on “Korang Tanya Bro Jawap – Part 7

  1. tak ada soalannnn.. tapi anak bro sangat CHOMEL.. tembam! 😛 hehehe

    1. Chomel ikut Bro… Tenbam ikut ummi dia…

    2. jawapan boleh terima. hehehe

  2. soalannya mana dpt nama “framestone” tu, kenapa bukan frame gambar atau pun flinstone huhu 😛

    1. Stone nama gelaran Bro waktu sekolah + jadi budak hostel dulu…

      Bro dulu peminat salah satu watak dalam manga Fullmatel Archemist dan dia digelar sebagai Flame Archemist dan Bro seorang budak yang minat subjet kimia.

      So waktu itu bro nak guna nama gelaran Flamestone Archemist…

      Tapi Flame Stone = Batu Api (so nama x beberapa nak ok sangat)

      Maka member cadangkan Bro guna Frame Stone.. Sebab bro salah seorang pelajar yang selalu interframe depan awek aspuri + selalu naik pentas sekolah sebab selalu menang setiap kali pergi tournament antara sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.

      Cikgu pun dah naik meluat he..23x

      Gitue la citenya…

  3. soalan ke 2 : kenapa pilih jadi blogger sebagai kerjaya bro..?
    soalan ke 3 : bagaimana cara untuk maintain income dari blog
    soalan ke 4 : antara janggut & misai mana lagi lu suka simpan..? haha 😀

    tu je lah, kang tak terjawap plak.. k bye 😀

    1. jawapan ke 2 : Semua benda boleh dijadikan kerjaya. Lagipun Bro start berblog dari tahun 2006, dah beberapa kali bro ditawarkan kerja semuanya melalui blog bro walaupun waktu itu Bro masih lagi tengah sambung study dalam degree.

      Bro tak anggap blogger sebagai kerjaya rasmi. Tapi lebih kepada hobi dan passion Bro terhadap sesuatu yang Bro suka.

      jawapan ke 3 : 1st sekali kena ada income masuk, 2nd kena pastikan income itu berterusan masuk.

      So kena tahu gak la, apa punca korang dapat income itu dan kenapa korang boleh dapat income itu.

      jika terjawab maka tiada masalah untuk maintain income dari blog.

      jawapan ke 4 : Bro suka simpan bulu diantara bibir dengan janggut. ada ade bulu sikit2 tue..

      Bro start simpan janggut misai sejak tingkatan 1. boleh kira dengan jari berapa kali je bro cucur misai n janggut he..23x

      he..23x ok dah terjawab

  4. Ini soalangnyerr ..

    Macam mana nak bagi mood berblogging selalu ade ?

    1. Senang je…

      Lebih kurang sama dengan mood makan, macam mana nak bagi mood makan selalu ada?

      – mesti lapar (mesti ada sebab nak berblog)
      – ada hidangan (ada isu untuk diblog)
      – niat makan (niat sebenar berblog)
      – jangan makan sensorang (jgn berblog sensorang)
      – basuh tangan sebelum makan (sebelum berblog, internet laptop semua dah ada)
      – lepas makan basuh pingan (lepas tulis blog, jangan lupa untuk publish)
      – lepas makan baca doa selepas makan (dah publish blog, pergi blogwalking blog orang lain)
      – sedawa cover sikit (ada orang komen dekat blog, balas n pergi ke blog dorang juga)

  5. Assalamualaikum.. Den nak tanya satu soalan ni.. Apa sebenarnya ciri-ciri blog personal? Apakah ciri-ciri blog yang boleh berjaya macam blog Bro, Ben Ashaari dan lain-lain..? Last sekali, apa pendapat bro tentang blog ERAZFADLI.COM? Nak juga dengar pendapat blogger OTAI lagi berbisa ni.. Wassalam..

    ERAZFADLI.COM

    1. W’salam beberapa soalan telah bro jawap di http://www.broframestone.com/2014/04/ciri-ciri-blog-personal/

      Pendapat Bro tentang blog Eraz Fadli?

      Ok je, cuma kalau boleh kurangkan iklan dibawah header itu, dan fokus pada iklan premium…

      Kira macam iklan yang sanggup bayar lebih untuk ada disana… dan yang lain, bagi alternative lain.. Mungkin iklan pada sidebar mungkin.

    2. Terima kasih bro untuk pendapat tu.. Insyaallah akan dipraktikkan.. 🙂

  6. salam bro,hehe lama tak singgah sini , rasa nak tanya soalan sekali la , paa pendapat bro apa kelebihan dan keburukkan jika seorang blogger membuka kelab / group sendiri di facebook , tak kira la dalam group / kelab tu untuk bincang hal-hal berkaitan dengan blog atau ping entri terbaru blog . Mana tahu lepas ni bro buat Kelab Blogger BroFramestone pulak kan, nanti boleh la join sekaki

  7. Assalamualaikum, bagus juga tuan bro adakan segmen ni… dan kebetulan saya ada tertanya-tanya tentang beberapa perkara mengenai blogging. Cuma di sini, saya teringin untuk dapatkan penjelasan atau pencerahan tentang kepentingan ranking Alexa. Saya dapati ramai yang mengatakan ranking Alexa blog itu penting tetapi kurang jelas kepentingannya… dan harap dapat dijelaskan barang dua tiga sebab dengan sedikit perincian atau dengan contoh sekali. Antara sebab saya bertanyakan soalan tersebut adalah kerana saya tak nampak perkara yang biasa saya baca tentang kepentingan ranking Alexa ini dengan perkara yang betul-betul berlaku… contohnya tentang advertorial… sekiranya betul ranking alexa itu penting bagaimana saya dapati sesebuah blog yang ranking alexa masih berjuta pon dapat sponsor dari pengiklan… (salah satu contoh berkaitan kepentingan ranking alexa..seperti yang biasa dibaca)… insyaAllah.. itu sahaja… kalau sudi menjawabnya :D. Terima kasih didahulukan 🙂

  8. Wah macam menarik ja segmen ini..nak tnya jgk la..

    Apa pandangan bro mengenai blog copy paste??

  9. Bro, saya nak tanya 1 je. Saya cita-cita nak jadi fulltime blogger. Bagaimana untuk mendapat pengiklanan, join event berbayar, dapat job review. Kurang-kurang dalam seminggu 2x pun dah okay dan sebulan jana RM2000 pun dah berbaloi kan daripada blog kita. Kalau lebih tu kira rezeki lebih.

    Dah lama nak tanya bro. Hehehe

  10. soalan saya … macam mana bro boleh jadi femes macam sekarang mana-mana pergi pun ramai yang kenal ….

    macam mana bro stabil kan income dri blog setiap bulan ada apa2 rahsia yang blh di kongsikan

    1. Persoalannya disini? Femes ke?

      Nak buat orang kenal walaupun kita pergi mana-mana sekali pun tak susah, tapi makan tahun gak la.. Yang penting kita perlu ramah dan ringan mulut untuk bertegur sapa dengan mereka walaupun pertama kali bersua.

      Stabilkan income?

      Tak de la stabil mana pun, kalau ada tue ada la…kalau xde tue, maka xde la. Yang penting network kena mantap, insya’lah boleh dapat projek dari member2 juga.

  11. soalan agak tak best dari aku….bila perut lu nak kempis macam dulu..ahahahaaa

    1. Oh ok… perlu ke gua kempiskan perut macam dulu?

    2. lau rasa itu aset dan nampak seksi..takyah le..

  12. antara nora danish dan emma maembong yg mana satu bro suka?

    1. emma maembong kot… nora danish janda he..23x

  13. Soalan apa ye nak tanye – semua dah tanya ,dulu bkan ke bro rancang nak buat geng blogger jual trafik blog – sy pun dah lupa.

  14. soalan 1 : nama penuh Boni Kacak ape yea?

    soalan 2 : bro pernah naik basikal roda empat tak?

    soalan 3 : bro rasa bro ni hensem tak dari abang ensem/.

    1. Jawapan 1 : Boleh refer pada MyKad milik Boni Kacak

      Jawapan 2 : Basikal dengan 2 extra tayar dekat belakang tue ke?

      Jawapan 3 : Maaf, no komen… Silap jawap nanti kena bahan + saman…

    1. income ape ek? boleh la nk tampung keluarga

  15. alahai…. nak jugalah join.

    1. adakah keikhlasan tu penting dalam berblog?
    2. apa yang dipandang oleh advertiser untuk satu2 blog selain dari follower dan trafik?
    3. apakah yang dik bro nampak pada mialiana.com?

    sekian. terima kasih. (^_^)

  16. macam mana bro mengorat kak iera 😀
    share ayat cair tu skit 😀
    berani ?

    1. Bro ajak kahwin terus je.. Nape ek?

Leave a Comment