December 6, 2024

Tip Memilih Buah Durian

Tip Memilih Buah Durian

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun. Ianya juga dikenali sebagai raja buah-buahan.

Malangnya ia hanya berbuah mengikut musim sama seperti buah rambutan. Bila tiba musimnya, ianya seumpama pesta dimana banyak gerai tepi jalan dibuka hanya menjualnya.

Atas permintaan yang tinggi, ramai orang tak kisah mengeluarkan duit untuk membelinya walaupun hanya RM50 untuk 3 biji durian.



Tapi tak semua durian yang dijual elok. Kita sebagai pengemarnya perlu take note jangan sampai menjadi mangsa penipuan si penjual. Kecuali kalau korang beli durian sebab nak buat tempoyak.

Tip Memilih Buah Durian.

  1. Duri – Pilihlah durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.
  2. Bentuk Buah – Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.
  3. Bau – Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya.
  4. Kulit – Elakkan dari memilih buah yang kulitnya sudah retak atau pecah pada hujungnya. Ini akan membuat isi di dalamnya bercampur dengan udara bebas yang mengakibatkan rasa buah menjadi masam atau tawar.
  5. Goncang Durian – Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Goncang secara perlahan-lahan. Jika  dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Kredit : TryMasak Blog.

Tip Memilih Buah Durian dari Bro Framestone.

  1. Minta penjual buah ,mengopekkan buah durian yang anda pilih dan makan disitu. ia dapat mengelakkan buah yang dipilih bila dibawa pulang akan menjadi mengkal/busuk/keras/isi nipis.
  2. Paling tidak pun kopek (bukan kopek bahasa orang Perak tau) sedikit kulitnya untuk rasa sedikit isinya. If sedap, baru beli bawa balik.
  3. Tahu musim durian bila. Ini kerana musim durian agak berbeza terutamanya Durian Pahang, Perak, Johor dan Siam.
  4. Tanya peniaga durian mana yang dia dapat. Contoh, kalau dia cakap durian Johor sedangkan waktu itu tengah musim durian Perak atau Siam.
  5. Beli 2-3 biji je untuk bawa balik, tak perlu nak beli sampai satu bakul kecuali anda buat business tempoyak.

Durian CrepeBro buat perkongsian ini sebab tak nak apa yang terjadi pada rakan blogger – Hafiz Rahim (Menipu Jual Durian) jadi pada anda juga.

Pemilihan durian yang terbaik mampu menghasilkan Durian Crepe yang sedap.

Malangnya susah nak dapat Durian Crepe yang murah. Betul-betul mereka buat business dengan benda ini.

Teringin nak belajar buat Durian Crepe sendiri. Tapi risau baru buat, dah habis. Tak sempat nak buat business he..23x

Durian punya pasal….

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Tip Memilih Buah Durian

  1. keliling rumah kampung saya penuh dengan pokok durian…kalau musim buah makan sampai kenyang…..teringat pokok durian ini ditanam semasa kecik dulu bersama aruah ayah…..tapi saya tak makan durian sangat kalau buat lauk tempoyak baru laju-laju makan….hoho

  2. nk goncang tu xlarat

    kalau yg kecik2 ok la …hehe
    nice tip !
    xpenah beli sndri lg
    mmg tkot sgt kna tipu
    salu makn kt situ je
    sng ..kalau rosak boleh trus tuka smpai dpt yg puas hti :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *