Akhirnya suspek kes bunuh melibatkan pegawai AmBank telah ditahan polis di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi pagi semalam.
Suspek berusia 37 tahun telah menggunakan nama Ardi Hamza di dalam MyKad palsunya dipercayai datang ke sini, dalam usaha melarikan diri. Bagaimanapun suspek gagal mendapatkan khidmat tekong darat serta laut bagi membawanya pulang ke Indonesia.
Ardi menjadi buruan polis selepas membunuh pegawai AmBank Subang Jaya – Norazita Abu Talib pada 23 Oktober lalu sebelum melarikan wang tunai RM450,000.
Norazita yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’ suspek.
Info Tambahan : Nama sebenar suspek adalah Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal Sulawesi, Indonesia.
Bicara Bro : Tahniah Bro ucapkan kepada pihak berkuasa yang bertungkus lumus dalam penangkapan ini. Cuma Bro tertanya-tanya.
Bagaimanakah dengan suspek yang mengedarkan dan menyebarkan gambar mangsa tembakan?
padan muka..dahlah guna ic palsu..pastu mengaku rakyat sabah..membunuh pulak tu..manusia jenos apa pun x taulah..bg hukuman yg setimpal…gantung sampai mati mandatori..
..DIHARAP BANYAK LAGI KES-KES YANG BOLEH DISELESAIKAN DENGAN CEPAT OLEH PDRM..
SYABAS PDRM….akhirnya tumpas jua…PDRM memang cekap dan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh tersungkur……
Alhamdulillah dan tahniah pada polis malaysia. semoga terima hukuman setimpal.
wat muke cuak pulak.
fuhh..dah kena tangkap dah rupanya..
Kepada penjenayah2 dari seberang.. Jgn kamu fikir dgn melakukan jenayah di negara ini,kamu boleh selamat. Pihak polisi kami akan menjejaki kamu sehingga ke lubang cacing ! Ada fahaaam !!
biar dia terima hukuman yg sewajarnya
sepandai2 tupai melompat…pasti hidup dia x tenang kan…mana tau kot2 roh arwah menghantui beliau….
sudah sepatutnya lah pria itru ditahan polisi malaysia