Secara purata 1,000 rakyat Malaysia melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan.
Angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.
Jumlah yang direkod ini membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.
Jika kita lihat pada statistik ini, 1,000 orang setiap bulan. Bukan satu jumlah yang kecil.
Maka bagi mana-mana yang sudah berkahwin, pastikan pasangan anda (suami) tidak termasuk dalam statistik ini atau pergi nikah lagi di Thailand.
Begitu juga dengan ibu bapa yang tidak mahu anak teruna/daranya kahwin di Thailand. Elok permudahkan mereka berkahwin di Malaysia.
Memang satu pengalaman dapat berkahwin di luar negara. Tetapi Thailand tetap menjadi pilihan yang mampu memberikan pandangan negatif kepada masyarakat kita.
1,000 orang atau 1,000 pasangan ???
1,000 orang kot… mane tahu ada yang dtng kahwin 2x dekat thailand kan..
Nikah + Honeymoon kot. Pakej di Thailand
Ramai rupanya rakyat Malaysia yang bernikah dekat Thailand ni.. Sebelum ni saya ingat dalam beberapa puluh pasangan jer, maklumlah golongan datuk bukan ramai mana pun. . Kalau dah sampai 1000 pasangan sebulan, tentu orang biasa pun ada yang join sekali termasuk datuk berkaki tiga. . ;)
tu baru yang kahwin…yang cerai pun rasanya ramai setiap hari
Mudah untuk bernikah di Selatan Thailand. Masakan rakan sepejabat sudah pasang 3. :-)
ramai kes yang nak kahwin sembunyi2 la ni…
hoho..lebih baik kahwin dari tak kahwin..hoho
erk..betul ke statistik ni bro? Ramai rupanya rakyat Malaysia yang kahwin kat selatan Thai ni…