Buat tahun ketiga berturut-turut dapat juga Bro berbuka puasa bersama saudara Denaihati dibawah nama Denaihati Network dan juga Abang Ensem.
Kali ini, lokasi iftar adalah di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya.
Walaupun last minit Bro confirmkan kehadiran, pihak penganjur masih sudi menerima kehadiran Bro. Banyak blogger yang dapat hadirkan diri bersama keluarga masing-masing.
Bro pula datang bersama isteri tersayang.
Ada juga blogger single yang datang berdua. Eh, ada apa-apa ke nie?
Majlis iftar ini telah diadakan pada 20 Julai 2013 yakni hari sabtu. Boleh dikatakan semua meja yang disediakan penuh.
Mungkin sebab itu krew Denaihati inginkan pengesahan awal untuk menempah meja untuk majlis iftar ini. Alhamdulillah kesemua meja dihadapan pentas dipenuh oleh blogger.
Tak pasal-pasal majlis iftar terasa macam majlis hari raya la pulak.
Memang terasa kemeriahannya.
Sebelum masuk waktu berbuka, pihak hotel ada menyediakan persembahan nyanyian lagu tradisional, kemudiannya ada ceramah dari ustaz jemputan yang akan berjalan dari satu meja ke meja yang lain sambil berinteraksi dengan tetamu yang hadir.
Bro lari awal-awal, takut ustaz tanya Bro soalan bukan. Dan risau Bro tersalah jawab (otak dah tak synchronize dengan badan – kes kekurang air & oksigen tak sampai otak)
Masuk sahaja waktu, ustaz jemputan tadi akan melaungkan azan di dalam dewan.
Bagi mereka yang ingin mendirikan solat, pihak hotel ada sediakan ruang untuk anda menunaikan solat.
Bagi mereka yang ingin berbuka di sini.
Elok anda buat tempahan awal untuk Buffet Ramadhan Special @ Singgahsana pada harga RM69 (dewasa) dan 50% bagi kanak-kanak berumur 6 ~ 12 tahun.
Apa-apa pun terima kasih kepada Denaihati Network kerana sudi menjemput kami. Harap dimurahkan rezeki dan mampu mengadakan sesuatu majlis yang mampu memberi manfaat kepada semua blogger yang ada.
Dan maaf sebab Bro kena beransur awal untuk menunaikan kewajipan seorang suami (kena hantar wife pergi kerja)
sedeyh nau wa tak leh gi,, sobbs :'(
Cepat2 cari orang KL buat suami dan duduk dekat sini.
tak de budak kl yang nak kat budak kelate ni haahhh,,, bro lak dah kawin,, sobbsss,,, hahaha :P
sangat pemurah bro denai tu..moga beliau dimurahkan rezeki…nanti buat event raya for blogger pula…hehehe..
wah..meriah.. alhamdulillah.. yg jauh didekatkan silaturahimnye.. :)
alamakkkk dekat bebenau le ngan opis kiter :D
Terima kasih di atas perkongsian info… Seronok tengok rakan-rakan blogger berkumpul… ;)
Memang metiah…
Takder pun muka kita. Nak majuk ler.. ^^
pasangan berkaca mata lagi..hahaha
Semakin banyak memberi semkain banyak yg kita terima. Alhamdulillah. Semoga Denaihati Network semakin berkembang dengan jayanya.
Bro, boleh tolong aturkan temujanji saya dengan Pengurus restoran ini tak? Saya nak bagi peluang untuk memasarkan Restoran ini kepada seluruh rakyat Malaysia dengan cara yang lebih efektif…
lepas ini buat ler majlis iftar kat Melaka lak……..
Terima kasih kepada tuan denaihati… dahlah dapat makan free pula tu.. Alhamdulillah.. ehem, comelnyaaa sy.. XD
makan besar ye bro..makin buncit perut itu..heehhe
sungguh meriah event kalu nih….
seronotnya… berbuka beramai2… sakan..
Meriah nampaknya suasana Iftar Ramadhan.
assalamualaikum bro…wah seronoknya bersama blogger semua…;)