Tayar kereta pecah hari ini.
Selamat pecah sewaktu Bro baru nak gerak ke KL. Maka sempat lagi untuk Bro patah balik kerumah.
Kalau sudah jauh, apalah yang bakal terjadi kepada Bro dan kereta ini?
Duit dalam bank elek sudah.
Dalam poket adalah dalam beberapa ringgit.
Duduk rumah dok fikir mana nak cekau duit tukar tayar.
Sekali teringat. Duit sewa rumah belum bayar lagi. Terpaksa digunakan diwaktu kecemasan ini.
Sorry ek tuan rumah. Sewa bulan ini lewat sikit.
Bro terpaksa tukar kedua-dua belaj tayar belakang. Satu sebab memang dah pecah, lagi satu rasanya ajalnya dah nak sampai.
Tayar depan sudah tukar tahun lepas.
Hope bulan depan murah rezeki, nak tukar tayar kereta isteri pula.
Ada plan nak buka tayar sendiri dan guna tayar spare. Tetapi nut ada prob nak buka (haus sudah)
Maka berpeluh-peluh Bro dibuatnya. Hilang kehenseman kejab sebab tak ada awek nak usha. Kalau ada, sure terus bertukar jadi hensem.
Perkara seperti ini berlaku tidak rancang.
Mmg tidak dirancang. Teruk gak tayar nie pecah
close up betul gambar berpeluh tu..hehehe
iPhone5 punye camera.. Cantik x?
nak buat macam mana..redo ajelah ek.
Tengah redo la nie… Teringat lawak ke der 2..
Redho Airline
sebab tu kena ada duit kecemasan =D
Tayar kereta memang nampak lain macam kena tukar. Tak boleh sayang2 duit sangat. Safety first. Hehehe.
Duit xde sebenarnya.. Tengah tgu payment masuk nk service kereta sekali tukar tayar.
Tapi, dah malangnya.. Apa boleh buat kan T-T
Alaa…pinjam la duit isteri dulu..heheh
Isteri xde berdekatan. Nak pinjam macam mana kan..
Lagi2 xpernah usik duit isteri sebab tahu duit dia pun cukup2 makan je.
pehh..berpeluh hang dibuatnya..
Mahu xberpeluh… Tukar tayar tengah panas dengan hati yang tengah kepanasan
assalamualaikum bro…kesian nyer berpeluh2 menukar tayar tu…