December 12, 2024

Tanah Kubur : Akibat Menabur Fitnah

azad jazminTanah kubur minggu ini mengisahkan tentang seorang pemuda, Kamil yang suka menabur fitnah dan menjaja kisah orang hingga mengaibkan mereka dengan orang kampung.

Dari kisah dia memfitnah Kak Sal yang merupakan janda berkerja kilang sebagai GRO.

Hingga kepada kisah Jasmin yang difitnah mengandung anak orang lain sedangkan kisah sebenarnya ada orang lain tak puas hati kerana cintanya tidak berbalas maka dituduhnya si Jasmin mengandung anaknya.

Akibat tidak tahan akibat fitnah,

Jasmin bertindak membunuh diri dari terjun dari atas bumbung rumah. Hasil bedah siasat menunjukan Jasmin tidak mengandung.

Ini menyebabkan orang kampung semakin bengang dengannya.

Sehinggakan pada satu ketika, Kamil mengelupar sehingga memuntahkan darah dari mulutnya. Akibat azab yang dihadapi, beliau meninggal dunia.

Mulut beliau berubah buruk dan jasadnya berasap-asap kepanasan.

Sewaktu hidupnya beliau suka bersumpah setiap kali menabur fitnah.

Dia selalu mengatakan dia sendiri nampak dari mata kepalanya sendiri. Sedangkan kenyataannya dia hanya mendengar dari orang lain dan dicanang mengikut kesedapan mulutnya.

Memang berat dosa memfitnah.

Kerana dosa fitnah itu lebih berat dari dosa membunuh.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Tanah Kubur : Akibat Menabur Fitnah

  1. Kita di kalangan blogger ni pun kena hati2 bila nak tulis apa2 entri.. Takut terjadi fitnah pulak dgn entri kita tu.. Dosa memfitnah lebih besar daripada membunuh..

  2. semoga kita semua dijauhkan dari sifat spt itu….

    p/s: AL-FATIHAH buat rakan SLE… arwah adik Farah Najwa yang baru meninggal pada 4/4 baru2 ini….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *